Tuesday, March 27, 2012

ARE YOU OKAY?

Entry meminta perhatian. Rasa macam dah lama tak dengar this awesome sentence, ' Are You Okay?'. Seriously, macam dah lama sangat. Today, a friend of mine, suddenly email me, 'Sayangggg, are you okay?' Hmmm. Tak tau nak jawab apa since aku rasa everything around me is okay. Or, it is actually not okay and i'm trying to accept things for what it is? Hmmm. I barely knew the answer.

Friday, March 23, 2012

Call it Karma

Goodbye, old friend
Goodbye, goodnight
I'll move on
You'll call it fate, I'll call it karma
We had our time, it was fun
while it lasted

I'll look back with honor
and no regrets
I won't be mad, won't feel bad
These memories will never leave me
Don't be sad
cause life goes on, life goes on
It's getting too late
Tomorrow is here

Wednesday, March 21, 2012

KISAH SANG PUTERA DAN AKU, SI PUTERI

Tahan dulu muntah darah korang tue. Baru baca tajuk entry je tue. Aku percaya yg bila korang baca sampai habis je entry aku kali nie, korang bukan setakat muntah darah, aku rasa lembik teros, sebab dah muntah berkali2. *episod merepek dah mula*


Cerita ini bermula 23 tahun yang lalu. Al kisahnya, di sebuah kerajaan yang indah permai, dihuni oleh rakyat jelata yang baik, cantik, menawan, maka lahir lah seorang anak orang kebanyakkan yang sungguh cantik paras rupanya, diberi nama Zarith Fateha Zulkarnain. Rupa paras si bayi sangat elok sehingga menyebabkan seluruh rakyat jelata mengagumi kecantikkannya. 


Semakin si gadis membesar, makin elok paras rupanya dan budi pekertinya makin sempurna. Cerita kecantikkan si gadis tersebar ke seluruh pelosok negeri. Suatu hari, datang laa rombongan meminang dari negeri Selatan dengan membawa rombongan yang ramai untuk meminang si gadis. Alangkah terkejutnya si gadis kerana disunting untuk menjadi Puteri kerajaan dari Selatan itu. Akhirnya berkahwin laa si gadis dengan sang putera dalam pesta yang gilang gemilang. Dan hidup laa mereka dengan aman dan damai sepanjang pemerintahan baginda. Tamat.


*** Tettttt. kisah nie belom tamat lagi ye tuan2 puan2. Btw, dah muntah darah ke belom baca entry nie? Hewhewhew :D. Okay, before pergi jauh, meh aku nak share ngn korang pasal perkahwinan rakyat biasa dengan putera raja nie. This is not happening in Malaysia je okay. Paling famous letop2 of course laa perkahwinan Puteri Diana or also known as Lady D. Dia seorang rakyat biasa yang berkahwin dengan Putera Charles, anak Ratu Elizabeth. Waktu dia kahwin tue, satu dunia admire dia. Yelahh, syok kan sebab dapat kahwin anak raja. Tapi...............


Laluan percintaan Puteri Diana dikatakan yang paling getir. Meskipun beliau dalam kalangan anak bangsawan, Diana dikatakan tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan diraja. Beliau melalui detik sukar apabila suaminya, Putera Charles dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan Camilla Parker Bowles.
Kehancuran jiwa Diana sudah tidak dapat dibendung dan akhirnya pasangan itu bercerai pada Ogos 1996. Setahun kemudian, wanita yang dilabelkan antara wanita teranggun di dunia itu mati dalam nahas kemalangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan keluarga Charles.

Okay, so korang faham kan tak semua perkahwinan rakyat biasa dengan kerabat diraja berakhir dengan kegembiraan. Tapi, legasi Lady D diteruskan oleh anakandanya sendiri apabila mengahwini Kate Middleton yang bukan berdarah diraja. It is wedding of the year. Grand sangat2!

Pada 29 April ini, anak sulung kesayangan Diana, Putera Williams mengulangi sejarah yang pernah diciptakan ibu bapanya. Williams memilih melangsungkan perkahwinan bukan dengan wanita berdarah kerabat. Beliau akan bersatu hati dengan anak seorang usahawan, Kate Middleton. Tidak seperti mendiang ibunya, Kate disayangi pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Namun, ramalan astrologi terhadap kehidupan selepas perkahwinan mempelai itu agak menakutkan. Antaranya ialah Kate dikatakan sukar mendapatkan anak. Putera William pula dijangka akan mengalami satu kemalangan ngeri. Ramalan yang paling kritikal adalah pasangan itu akan bercerai semasa berumur 40-an. Persoalannya adakah ia akan benar-benar berlaku?


Dalam Malaysia pon ramai je yang putera raja / raja yang kahwin dengan orang biasa. Meh akak nak gosip sikit pasal artis nie, tengah bercinta dengan putera raja yg lama dah aku mengidam. Tapi aku tau takkan smpai pon hajat aku nie. 

So, agak2 korang dah faham kan kenapa aku makan hati lately nie? Lama dah aku aim Putera Raja kerabat Selatan nie, tapi last2 Fazura si cantik manis gak yang dapat.

Okay, back to discussion, banyak je marriage between rakyat biasa ngn keluarga berdarah diraja yang bahagia. Antaranya:

1) Oscar-winning Hollywood actress Grace Kelly married Rainier III, Prince of Monaco. People see her moved from playing a role in the movie to play the role of a real princess life.
The beautiful blue-eyed and blonde haired princess, died in 1982 at age 52, but it’s eternal beauty still occupying the top spot in the poll for 91 percent votes.



2) Cinta antara dua darjat yang bertunas antara Raja Abdullah II dengan Rania Al Abdullah merupakan antara cinta teragung untuk diteladani. Rania sendiri barangkali tidak menyangka kehadirannya di sebuah majlis keraian pada tahun 1993 telah mengubah rentak hidupnya.
Hanya membalas senyuman seorang lelaki yang asyik memerhatikan gelagatnya yang canggung di celah-celah para aristokrat lain, telah menjadikannya seorang permaisuri di sebuah negara di Jordan.
Raja Abdullah telah menyunting Rania menjadi suri hidupnya hanya selepas 10 bulan mengenali hati budi masing-masing.
“Hidup ini penuh keajaiban dan bunga-bunga cinta telah menjadikan hidup saya semakin bermakna,” kata Rania yang kini berusia 41 tahun.

Well, itu antara yang bahagia. Masa aku kecik2 dulu, aku selalu sngat berangan. *Gara2 selalu tengok Disney's Princesses* Aku slalu sgt melaram gown kembang, pakai veil, kasut heels mummy, and then catwalk, lambai2 konon2 time parade. Time tue, aku rasa, aku laa perasan budak paling cantik dalam Tmn Bukit Angkasa. Bila ada cerita pasal princess kat TV, aku laa budak perempuan paling depan skali kat TV tue. Then, bila tengok Bawang Merah Bawang Putih, aku mesti ikot skali nyanyi lagu Buai Laju-Laju tue. Time tue, aku rasa Mustafa Maarof tue Putera Raja paling handsome aku penah jumpa. *konon2 okay*. Well, to be honest, smpai skang aku still tengok fairy tales although i know none of it is true. Reality takkan sama dengan fantasies. For those yg dapat kahwin dengan Princes tue, aku rasa, for sure ada episod duka dorang jugak. Tapi as public figure, dorang kena kept everything secret. Whatever it is, aku bersyukur dilahirkan sebagai org kebanyakkan. At least aku boleh lepak mapley tanpa bodyguard. Tak jadi public figure. Apa yg aku buat pon, takkan bagi impak kat masyarakat dunia. Paling2 mak ayah aku je laa yg kena tempias. So, apa yg nak highlighted is, bersyukur dengan apa yg dah Allah tetapkan. Kalau laa satu hari nnt aku ditakdirkan aku kahwin dengan Putera Raja, aku terima je laa. Hehehehe. Untung2 kahwin nnt muka masok majalah, masok surat khabar, masok Nona. Femes letop2 okay! Hahaha.

Okay, till then. 
xoxo

Monday, March 12, 2012

BOLEH TAK KAU FAHAM AKU?

Wahh kelas kau. Satu lagi entry propa aku. Kemain tajuk entry kau jah! Okay, cukup merepek. Straight to main point. Hari nie aku nak mengulas tentang isu faham memahi. Ini bukan one sided je ye, this is for both sided. Ini juga bukan hanya melibatkan suami isteri mahupon pasangan kekasih sahaja. This is general, for all. It may involve mother with daughters, father with sons, sisters with brothers, employees and employers, bosses and staffs, and also friends. Generally, this is no longer a common issues. Dah bersepah majalah kat market tue dok sibuk cerita "MACAMANA NAK MEMPERTINGKATKAN KESEFAHAMAN SESAMA PASANGAN?" , "10 CARA MEMBUAT PASANGAN ANDA FAHAM", "FAHAM ATAU MEMAHAMI?". Okay, sikit2 dah. Aku bukan nak promo majalah depa. Get back to reality, duduk diam-diam, fikir dalam-dalam, "Am I being understanding?", "Do they understand my needs?". Dah nilai, dah timbang tara semua benda, then only u can come up with the answers.

Situation 1


A: I hate my partner. He did not try to understand me at all!
B: Kenapa cakap macam tue?
A: Ada ke patot dia tak bagi aku pergi farewell officemate aku? Eh, hello! Belom jadi laki lagi tau!
B: Owh, dah tanya dia kenapa dia tak bagi kau pergi?
A: Dia cakap nnt ada ramai lelaki lain kat sana.
B: Then u should bring him too. Maybe dia rasa insecure kot.
A: We fight about this for thousand times. Takkan dia still tak faham aku?
B: Hmm. I don't know.

Well, kalau kau kat tempat si A, apa yang kau akan buat?

  1. Pergi je tanpa pedulikan rajukan si dia.
  2. Bawak dia pergi sekali.
  3. Tak payah pergi sbb bak tunjuk yg kita faham dia.
Situation 2

C: Abah nak kau jadik engineer. Takde keturunan kita yg jadi ahli musik. 
D: Tapi Mi minat nak jadik pemusik. Itu memang cita cita Mi. 
C: Abah tak pedulik. Abah dah hantar kau belajar tinggi-tinggi bukan utk jadik ahli musik.
D: Itu minat Mi abah. Mi akan tetap teroskan minat Mi jugak.
C: Anak derhaka! *panggggggg! Itu efek kena penampar sbb melawan*

Ada ala-ala Kassim Selamat dengan Nyonya Mansur tak? Okay, in this situation plak, apa korang akan buat?

  1. Ikot cakap si abah sebab tak nak jadi anak derhaka.
  2. Lari rumah sebab nak kejar cita-cita jadik ahli musik.
  3. Belajar bagi habis dulu pastue baru pujuk si abah utk terima minat kita.
Situasi 3

E: Saya nampak icon presentation saya dekat desktop Cik Z. Kenapa dia curik bahan saya?
F: Mungkin En. A patot tanya Cik Z sendiri kenapa dia ada bahan tue. Mungkin En. A tersalah letak.
E: Tak. Saya 100% sure memang icon tue ada kat desktop dia.
E: Saya rasa En. A patot tanya dia sendiri.

Well, ini seperti menghukum org tanpa ada perbicaraan dulu. Korang rasa apa yg patot dibuat?

  1. En. A patot tanya Cik Z sendiri sebelum buat andaian bukan-bukan
  2. En. A patot faham keadaan dulu sebelum buat assumption.
  3. En. A tidak patot bercerita kepada En. F mengenai syak wasangka dia dulu.
Secara umumnya, semua orang yang merasa diri dia tak difahami akan membuat pilihan yang jauh lebih buruk untuk menyenangkan diri dia dari rasa down. At this point, anak-anak yg rasa parents dia tak faham kehendak dia, akan mula carik kawan-kawan untuk luahkan ketidakpuasan hati dia. So, terang lagi jelas kenapa masalah sosial skang nie macam cendawan tumbuh lepas hujan. *ecececeh, A Samad Said tak aku?* Okay, bagi anak-anak nie pulak, dorang tak cukup memahami kenapa parents larang dorang buat. Setiap parents nak yang terbaik untuk anak-anak. For sure ada reasons kenapa dorang tak bagi. You have to be matured enough untuk faham. Bukannya ikot perasaan. Bila perasaan kita mengawal lebih dari akal kita berfungsi, kita akan rasa semua org dekat sekeliling kita tak pernah nak faham kita. Tapi pernah tak kita tanya, kenapa tak kita dulu yang faham mereka? Belajar memahami keadaan. Belajar memahami orang lain. Belajar memahami side effect bila kita buat something yang out of control. Kenapa Allah bagi kita akal dan letakkan kita lebih mulia? Sebab akal membolehkan kita berfikir. Membolehkan otak kita mencerna keadaan daripada kita buat keputusan terburu-buru. Semua nie letak dekat akal kita. Kalau kita nak orang faham kita, kena faham dulu orang lain. Jangan paksa orang faham kita kalau kita sendiri tak boleh nak faham keadaan dorang. Berfikir. Sometimes, it's better to leave things unsaid. 

FAHAM ATAU MEMAHAMI?
It's your choice to make :)

Ketemu lagi. InsyaAllah :)

Tuesday, March 6, 2012

WEEKEND LIST TO DO


THIS IS WHAT I'LL DO THIS WEEKEND
I'M COMING DEAR IKEA
WAIT FOR ME



YES, WHISK, I'M COMING TO YOU TOO :)


DSC05740

I'LL BE AT WHISK FOR THESE MACAROONS!
YUMMY!


DSC05763

vanilla (24)


vanilla (25)


vanilla (19)

GOSH! I'll diet later. Just for this weekend. :)

SAYA TAK SUKA DIA

Hambik kau entry. Kelasss. Korang, korang dan korang mesti igt aku nak buka aib org dengan menceritakan kat blog aku kan?
*SIAPA YG DAH TERPIKIR CAMTUE BILA BACA ENTRY AKU ANGKAT TANGAN*
*SIAPA RASA AKU MACAM TENGAH MARAH SILA ANGKAT TANGAN*


Well u olssss. TETTTT! Salah okay. Social network is not a medium to hentam menghentam orang. 
I should use this as my title for my entry kan? Seriously, I will talk bout this in my point of view. Yes, aku penah muda. Penah dikawal deras dgn adrenalin aku yg mmg suka nak memaki, menghentam. Aku penah remaja. Semua tue aku dah rasa. *KIRANYA KAU DAH TUA LAA EH TEYHA?* Wah, statement. Dah tua sikit laa. Kira macam dah boleh kawal mulut guna akal, mencerna dulu apa nak cakap, then baru lontarkan. And kalau aku rasa tak perlu utk aku luahkan, then, i'll keep it myself. Itu lebih patut. Time muda2 dulu, mmg tak reti nak control apa yg nak keluar dari mulut nie haaa. Main cakap ikot sedap mulut. Tak pedulik apa org cakap pasal kita. Konon2 cool gila bila kita antara yg paling outspoken. Time tue rasa super hebat sebab bila kita bukak mulut je, org teros dengar apa yg kita nak cakap. *THAT WAS ONCE UPON A TIME* Mungkin sekarang aku lebih senang menilai. Lebih senang utk aku tengok sekeliling and on the perfect time aku keluarkan opinion aku. Kalau tak, aku lebih senang utk diam. BERKATA BILA PERLU. Nampak tak manis kalau kita masih gunakan social network untuk menghentam sesama kita. Tak manis kan kalau si dara yg cun melecun menggunakan those *B Words* utk menunjukkan kemarahan dia. Muka cantik cun melecun macam Nora Danish tapi bila buka je mulut, *PITAM!* Kalau rasa tak perlu berkata, lebih baik senyap. 


Peringatan utk kita bersama :)







Friday, March 2, 2012

JUMAAT

Salam Jumaat kekasih2 Allah.

yes, it's Friday. Semua org tahu, Jumaat adalah Hari segala Hari.
Biasa dengarkan,
*Hari nie Jumaat weh, tak baik dowh buat camtue*
*Tau laa Jumaat, tak payah nak baik sgt bro*
*Ish2, Jumaat pon nak mengata org*


Well, semua org tau, and semua org faham konsep hari Jumaat. Tapi, bila dimaki di pagi Jumaat, ianya seolah-olah akan menjadikan Jumaat itu suram.
Bila mulut berbicara lebih daripada akal mentafsir, maka, yg keluarnya adalah perkataan-perkataan yg tak sedap didengar oleh telinga. Hati mencarik-carik.
Biasa kita dengar, *berfikir sebelum bercakap*


Salam Jumaat.