Monday, March 12, 2012

BOLEH TAK KAU FAHAM AKU?

Wahh kelas kau. Satu lagi entry propa aku. Kemain tajuk entry kau jah! Okay, cukup merepek. Straight to main point. Hari nie aku nak mengulas tentang isu faham memahi. Ini bukan one sided je ye, this is for both sided. Ini juga bukan hanya melibatkan suami isteri mahupon pasangan kekasih sahaja. This is general, for all. It may involve mother with daughters, father with sons, sisters with brothers, employees and employers, bosses and staffs, and also friends. Generally, this is no longer a common issues. Dah bersepah majalah kat market tue dok sibuk cerita "MACAMANA NAK MEMPERTINGKATKAN KESEFAHAMAN SESAMA PASANGAN?" , "10 CARA MEMBUAT PASANGAN ANDA FAHAM", "FAHAM ATAU MEMAHAMI?". Okay, sikit2 dah. Aku bukan nak promo majalah depa. Get back to reality, duduk diam-diam, fikir dalam-dalam, "Am I being understanding?", "Do they understand my needs?". Dah nilai, dah timbang tara semua benda, then only u can come up with the answers.

Situation 1


A: I hate my partner. He did not try to understand me at all!
B: Kenapa cakap macam tue?
A: Ada ke patot dia tak bagi aku pergi farewell officemate aku? Eh, hello! Belom jadi laki lagi tau!
B: Owh, dah tanya dia kenapa dia tak bagi kau pergi?
A: Dia cakap nnt ada ramai lelaki lain kat sana.
B: Then u should bring him too. Maybe dia rasa insecure kot.
A: We fight about this for thousand times. Takkan dia still tak faham aku?
B: Hmm. I don't know.

Well, kalau kau kat tempat si A, apa yang kau akan buat?

  1. Pergi je tanpa pedulikan rajukan si dia.
  2. Bawak dia pergi sekali.
  3. Tak payah pergi sbb bak tunjuk yg kita faham dia.
Situation 2

C: Abah nak kau jadik engineer. Takde keturunan kita yg jadi ahli musik. 
D: Tapi Mi minat nak jadik pemusik. Itu memang cita cita Mi. 
C: Abah tak pedulik. Abah dah hantar kau belajar tinggi-tinggi bukan utk jadik ahli musik.
D: Itu minat Mi abah. Mi akan tetap teroskan minat Mi jugak.
C: Anak derhaka! *panggggggg! Itu efek kena penampar sbb melawan*

Ada ala-ala Kassim Selamat dengan Nyonya Mansur tak? Okay, in this situation plak, apa korang akan buat?

  1. Ikot cakap si abah sebab tak nak jadi anak derhaka.
  2. Lari rumah sebab nak kejar cita-cita jadik ahli musik.
  3. Belajar bagi habis dulu pastue baru pujuk si abah utk terima minat kita.
Situasi 3

E: Saya nampak icon presentation saya dekat desktop Cik Z. Kenapa dia curik bahan saya?
F: Mungkin En. A patot tanya Cik Z sendiri kenapa dia ada bahan tue. Mungkin En. A tersalah letak.
E: Tak. Saya 100% sure memang icon tue ada kat desktop dia.
E: Saya rasa En. A patot tanya dia sendiri.

Well, ini seperti menghukum org tanpa ada perbicaraan dulu. Korang rasa apa yg patot dibuat?

  1. En. A patot tanya Cik Z sendiri sebelum buat andaian bukan-bukan
  2. En. A patot faham keadaan dulu sebelum buat assumption.
  3. En. A tidak patot bercerita kepada En. F mengenai syak wasangka dia dulu.
Secara umumnya, semua orang yang merasa diri dia tak difahami akan membuat pilihan yang jauh lebih buruk untuk menyenangkan diri dia dari rasa down. At this point, anak-anak yg rasa parents dia tak faham kehendak dia, akan mula carik kawan-kawan untuk luahkan ketidakpuasan hati dia. So, terang lagi jelas kenapa masalah sosial skang nie macam cendawan tumbuh lepas hujan. *ecececeh, A Samad Said tak aku?* Okay, bagi anak-anak nie pulak, dorang tak cukup memahami kenapa parents larang dorang buat. Setiap parents nak yang terbaik untuk anak-anak. For sure ada reasons kenapa dorang tak bagi. You have to be matured enough untuk faham. Bukannya ikot perasaan. Bila perasaan kita mengawal lebih dari akal kita berfungsi, kita akan rasa semua org dekat sekeliling kita tak pernah nak faham kita. Tapi pernah tak kita tanya, kenapa tak kita dulu yang faham mereka? Belajar memahami keadaan. Belajar memahami orang lain. Belajar memahami side effect bila kita buat something yang out of control. Kenapa Allah bagi kita akal dan letakkan kita lebih mulia? Sebab akal membolehkan kita berfikir. Membolehkan otak kita mencerna keadaan daripada kita buat keputusan terburu-buru. Semua nie letak dekat akal kita. Kalau kita nak orang faham kita, kena faham dulu orang lain. Jangan paksa orang faham kita kalau kita sendiri tak boleh nak faham keadaan dorang. Berfikir. Sometimes, it's better to leave things unsaid. 

FAHAM ATAU MEMAHAMI?
It's your choice to make :)

Ketemu lagi. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment