Wednesday, March 21, 2012

KISAH SANG PUTERA DAN AKU, SI PUTERI

Tahan dulu muntah darah korang tue. Baru baca tajuk entry je tue. Aku percaya yg bila korang baca sampai habis je entry aku kali nie, korang bukan setakat muntah darah, aku rasa lembik teros, sebab dah muntah berkali2. *episod merepek dah mula*


Cerita ini bermula 23 tahun yang lalu. Al kisahnya, di sebuah kerajaan yang indah permai, dihuni oleh rakyat jelata yang baik, cantik, menawan, maka lahir lah seorang anak orang kebanyakkan yang sungguh cantik paras rupanya, diberi nama Zarith Fateha Zulkarnain. Rupa paras si bayi sangat elok sehingga menyebabkan seluruh rakyat jelata mengagumi kecantikkannya. 


Semakin si gadis membesar, makin elok paras rupanya dan budi pekertinya makin sempurna. Cerita kecantikkan si gadis tersebar ke seluruh pelosok negeri. Suatu hari, datang laa rombongan meminang dari negeri Selatan dengan membawa rombongan yang ramai untuk meminang si gadis. Alangkah terkejutnya si gadis kerana disunting untuk menjadi Puteri kerajaan dari Selatan itu. Akhirnya berkahwin laa si gadis dengan sang putera dalam pesta yang gilang gemilang. Dan hidup laa mereka dengan aman dan damai sepanjang pemerintahan baginda. Tamat.


*** Tettttt. kisah nie belom tamat lagi ye tuan2 puan2. Btw, dah muntah darah ke belom baca entry nie? Hewhewhew :D. Okay, before pergi jauh, meh aku nak share ngn korang pasal perkahwinan rakyat biasa dengan putera raja nie. This is not happening in Malaysia je okay. Paling famous letop2 of course laa perkahwinan Puteri Diana or also known as Lady D. Dia seorang rakyat biasa yang berkahwin dengan Putera Charles, anak Ratu Elizabeth. Waktu dia kahwin tue, satu dunia admire dia. Yelahh, syok kan sebab dapat kahwin anak raja. Tapi...............


Laluan percintaan Puteri Diana dikatakan yang paling getir. Meskipun beliau dalam kalangan anak bangsawan, Diana dikatakan tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan diraja. Beliau melalui detik sukar apabila suaminya, Putera Charles dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan Camilla Parker Bowles.
Kehancuran jiwa Diana sudah tidak dapat dibendung dan akhirnya pasangan itu bercerai pada Ogos 1996. Setahun kemudian, wanita yang dilabelkan antara wanita teranggun di dunia itu mati dalam nahas kemalangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan keluarga Charles.

Okay, so korang faham kan tak semua perkahwinan rakyat biasa dengan kerabat diraja berakhir dengan kegembiraan. Tapi, legasi Lady D diteruskan oleh anakandanya sendiri apabila mengahwini Kate Middleton yang bukan berdarah diraja. It is wedding of the year. Grand sangat2!

Pada 29 April ini, anak sulung kesayangan Diana, Putera Williams mengulangi sejarah yang pernah diciptakan ibu bapanya. Williams memilih melangsungkan perkahwinan bukan dengan wanita berdarah kerabat. Beliau akan bersatu hati dengan anak seorang usahawan, Kate Middleton. Tidak seperti mendiang ibunya, Kate disayangi pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Namun, ramalan astrologi terhadap kehidupan selepas perkahwinan mempelai itu agak menakutkan. Antaranya ialah Kate dikatakan sukar mendapatkan anak. Putera William pula dijangka akan mengalami satu kemalangan ngeri. Ramalan yang paling kritikal adalah pasangan itu akan bercerai semasa berumur 40-an. Persoalannya adakah ia akan benar-benar berlaku?


Dalam Malaysia pon ramai je yang putera raja / raja yang kahwin dengan orang biasa. Meh akak nak gosip sikit pasal artis nie, tengah bercinta dengan putera raja yg lama dah aku mengidam. Tapi aku tau takkan smpai pon hajat aku nie. 

So, agak2 korang dah faham kan kenapa aku makan hati lately nie? Lama dah aku aim Putera Raja kerabat Selatan nie, tapi last2 Fazura si cantik manis gak yang dapat.

Okay, back to discussion, banyak je marriage between rakyat biasa ngn keluarga berdarah diraja yang bahagia. Antaranya:

1) Oscar-winning Hollywood actress Grace Kelly married Rainier III, Prince of Monaco. People see her moved from playing a role in the movie to play the role of a real princess life.
The beautiful blue-eyed and blonde haired princess, died in 1982 at age 52, but it’s eternal beauty still occupying the top spot in the poll for 91 percent votes.



2) Cinta antara dua darjat yang bertunas antara Raja Abdullah II dengan Rania Al Abdullah merupakan antara cinta teragung untuk diteladani. Rania sendiri barangkali tidak menyangka kehadirannya di sebuah majlis keraian pada tahun 1993 telah mengubah rentak hidupnya.
Hanya membalas senyuman seorang lelaki yang asyik memerhatikan gelagatnya yang canggung di celah-celah para aristokrat lain, telah menjadikannya seorang permaisuri di sebuah negara di Jordan.
Raja Abdullah telah menyunting Rania menjadi suri hidupnya hanya selepas 10 bulan mengenali hati budi masing-masing.
“Hidup ini penuh keajaiban dan bunga-bunga cinta telah menjadikan hidup saya semakin bermakna,” kata Rania yang kini berusia 41 tahun.

Well, itu antara yang bahagia. Masa aku kecik2 dulu, aku selalu sngat berangan. *Gara2 selalu tengok Disney's Princesses* Aku slalu sgt melaram gown kembang, pakai veil, kasut heels mummy, and then catwalk, lambai2 konon2 time parade. Time tue, aku rasa, aku laa perasan budak paling cantik dalam Tmn Bukit Angkasa. Bila ada cerita pasal princess kat TV, aku laa budak perempuan paling depan skali kat TV tue. Then, bila tengok Bawang Merah Bawang Putih, aku mesti ikot skali nyanyi lagu Buai Laju-Laju tue. Time tue, aku rasa Mustafa Maarof tue Putera Raja paling handsome aku penah jumpa. *konon2 okay*. Well, to be honest, smpai skang aku still tengok fairy tales although i know none of it is true. Reality takkan sama dengan fantasies. For those yg dapat kahwin dengan Princes tue, aku rasa, for sure ada episod duka dorang jugak. Tapi as public figure, dorang kena kept everything secret. Whatever it is, aku bersyukur dilahirkan sebagai org kebanyakkan. At least aku boleh lepak mapley tanpa bodyguard. Tak jadi public figure. Apa yg aku buat pon, takkan bagi impak kat masyarakat dunia. Paling2 mak ayah aku je laa yg kena tempias. So, apa yg nak highlighted is, bersyukur dengan apa yg dah Allah tetapkan. Kalau laa satu hari nnt aku ditakdirkan aku kahwin dengan Putera Raja, aku terima je laa. Hehehehe. Untung2 kahwin nnt muka masok majalah, masok surat khabar, masok Nona. Femes letop2 okay! Hahaha.

Okay, till then. 
xoxo

No comments:

Post a Comment