Monday, April 23, 2012

SAHABAT PLATONIK

Salam readers,

Actually, dah lama sangat nak update entry pasal nie, tapiiiiiiiiii ...... *sila isikan tempat kosong* Dear readers, aku rasa, lepas Nona buat pendedahan tak lama dulu dekat situ pasal sahabat platonik, mesti dah ramai orang tau kan apa itu sahabat platonik? Well, dalam bahasa mudah, sahabat platonik is friendship between girls and guys without any attention to fall for each other. Senang cerita, BFF laa kan? Well, aku ada ramai jugak laa sahabat platonik. Mungkin sebab aku senang kawan dengan those yg berlainan jantina kan? Yes, I take that for answer. Bukan nak kata aku takde kawan perempuan. Ada je. Tapi aku jugak ramai sahabat kategori platonik nie. Nak kenal dengan mereka?

  1. Afiq Zaman Ali Zaman

 
     2. Fariz Affendi Che Hananuri (on my right)

  3. He's the special. Guess who?



Mungkin kerana kebangangngan aku telah menyebabkan aku ada ramai sahabat platonik kot =.='







Siapa pon sahabat-sahabat saya, saya sayang mereka semua!

Wednesday, April 18, 2012

PERTUNANGAN

Salam readers,

This entry actually supposed to publish like lassssttttttt few months, tpppppppp, kite macam takde masa nak belek all the pictures. Hehehe. Harinie kite nak mood gedik. So, lets bahasakan diri kite together with me!

Kite happy gila bila kwn2 kite nak bertunang tau. Sebab? Kite nak sponsor cupcakes! At least kite ada laa reason kan utk beli cupcakes. :)  *pandai kan kite?* Lepas tue kan, kan, kite blh experiment dengan colours utk letak atas cupcakes tue. Nnt semua org puji, CANTIKKKKK NYAAAAA!!! Kembang kempis laa kite kan? Kan?

So, let share the moments with me :)


  1. Norfatehah @ Atin and Habib Engagement (26 February 2012)


*credit to cakeworm*




Kite kan, suka gila order cupcakes kat Kak Edi. Serious sedap! Pics cupcakes kat atas tue ihsan daripada blog die. Korang blh check out kat sini http://adorablecupcakes.blogspot.com/ . First time aku jumpa blog Kak Edi nie time aku saja selongkar-selongkar website. Last2 jumpa! Serius sedap. Aku mmg suggest laa kalau korang nak beli kat Kak Edi. Dia sangat friendly :) Ehhhhh!!!!!! Kite terguna aku pulak. Sorryyyyy :P

       2.   Maziahtun and Romzie Engagement (10 March 2012)


*credit to cakeworm*



Cupcakes di atas pon repeat order dekat Kak Edi. Best gilaaaa. Since theme Maz is pink grey, so, kite combine kan that striking pink dengan white. Thanks again Kak Edi! 

Well, these two couples, masing2 dah bercinta dari zaman sekolah lagi. Atin and habib, this year is their 6 years together. And as for Maz and Rom, they've been dating for 10 years! Gila kan? Apa-apa pon. kite doakan yg terbaik utk kawan2 kite. Kite happy bila anda, anda dan anda happy :)


till then :)









Tuesday, April 17, 2012

DYSLEXIA

Salam readers,


Harinie, aku rasa sangat2 suka nak menulis. Mungkin sebab mood kerja dah ke sungai laut. So, apakah itu dyslexia adik2? Siapa tau? Angkat tangan! *ME, ME!* Okay, stop. Sila sambung semula. Okay, mengikut laman web PubMed Health, it is actually a developmental reading disorder, also called dyslexia is a reading disability that occurs when brain does not properly recognize and process certain symbols. Jadi tak hairan lah kalau budak-budak dyslexia nie, tak boleh beza between B and D. Dorang akan selalu confuse. Nowadays, most people are aware dengan dyslexia nie. Tak macam dulu-dulu. Bila penghidap dyslexia nie selalu akan dikatakan bodoh ataupun gila orang masyarakat sekeliling. Don't  you know that ramai gila actors, creators even an entertainers kat dalam dunia nie yang menghidap dyslexia? 
Let me name here a few:
  1. Orlando Bloom
  2. Tom Cruise
  3. Whoopi Goldberg
  4. Keira Knightley
  5. Keanu Reeves
  6. Alexander Graham Bell
  7. Albert Einstein
  8. Thomas Edison
  9. Leonardo Da Vincci
  10. Pablo Picasso
Haaa, hambek kau. Ramai kan? Kenapa nak malu bila ada dyslexia kan? They're unique! Meh sini nak share satu cerita nie. Adik bongsu saya, Zafir Amar Iskandar, is a minor dyslexia kid. Our family hanya dapat detect bila dia in kindergarten. Masa tue, our mak long, which was a nurse, suddenly dapat detect that my adik is dyslexia through his handwriting. Waktu my adik buat kerja sekolah, all the words and alphabet tunggang terbalik. And mak long tiba2 cakap, "Linda, aku rasa anak kau nie dyslexia." At that time, we we'rent aware pon pasal dyslexia nie semua. So, mak long pon just explain yang budak2 dyslexia nie jenis yg kurang bagi perhatian bila kita bercakap dengan dia, kurang minat dekat something and most of all, diorang memang selalu confuse dengan B and D. Well, as what we see, semua symptoms tue ada dekat my adik. But then, ktorang tak bagi focus sangat pon, sbb anggap itu semua normal for kids. Sampai laa dia masok sekolah rendah, dia still tak boleh membaca. My dad sangat2 marah because at that age dia tak boleh membaca. My mom pulak the one who beli all the toys yang dia nak utk attract attention dia dekat sesuatu benda. Okay, lama2 dia boleh mengeja and also membaca. But then result exams dia mmg sgt terok. Dia sgt tak progress. Until one day, ada report card session dekat sekolah dia. So, my parents pon pergi laa. Then, his class teacher, Pn. Hamidah bgtau my parents that my adik sgt lack of attention dekat class, suka berangan, tak penah nak bg perhatian time cikgu ajar. We're so thankful to Pn. Hamidah. Because of her, our family managed to handle my adik dyslexia. Seriously, anak2 dyslexia perlukan perhatian yg sgt khusus. As a family and teachers, these kids, tak boleh nak marah suka2. Diorang suka memberontak. So, kena guna cara diplomasi. This method sgt membantu my adik punye growth. And, he turned out to be a bright student now. Alhamdulillah.


*mana laa tau kot2 satu hari nnt my adik jd famous camnie kan*

The other case is, semenjak akak dah jadi teacher skang nie kan, aku berdepan dengan banyak sangat masalah to handle kids. Yang degil, yang suka main, yang tak pernah siap kerja sekolah, semua aku jumpa. And the best part is, i met another dyslexia kids. And this time, she is a girl. *dyslexia most common with boys rather than girls* That girl tak reti baca. Selalu termenung and dia jarang bagi perhatian towards what i'm teaching. Well, sgt mencabar profession aku actually. But, bila kenang balik yang i used to have adik with dyslexia, aku insaf. This kid needs help. InsyaAllah, i'll do my best to help her. :)

So, to those parents yang ada anak2 dyslexia, jangan mudah mengalah. Jangan cepat melatah. They need help. And utk kita yang berakal nie laa menolong mereka. Who knows, one day, they turned out to be someone famous kan? Inventors maybe. InsyaAllah.

Last but not least, children with dyslexia are really unique. Trust me. And, kena cepat2 detect potential anak2 anda. *cite macam aku ibu anak 4 =.='* Well, i learnt from experience. Moga dapat dikongsi bersama. Later~



*i love this story, it's about dyslexia kid*






AKU ORANG ATAS

Salam readers,

Aku pasti, yakin yang semua orang dalam dunia nie belajar sejarah kan? *antara lulus dengan tidak je* Well, kiranya, bila korang dah baca title entry nie pon, korang dah kira tau dah, aku nak cakap pasal apa. It is about hierarchy system. Aku bukan nak cakap pasal sistem nie yang ada kat dunia ke, kat Malaysia ke apa. Tp aku nak cakap pasal hierarchy system yang ada dekat most of offices nowadays. Well, semua orang tau, bila kita bekerja, kita mesti ada superior, bila ada superior, mesti laa kena ada bos, bila ada bos, baru laa ada CEO, COO apa o semua tue laa. Dan sebagai kuli macam aku, harus laa sentiasa dengar arahan dari orang-orang atas nie semua. Arahan yang orang orang atas nie, tak sama macam arahan yang lecture keluarkan time kite belajar dulu. Tak sama jugak dengan arahan dari cikgu-cikgu sekolah. Arahan dari orang orang atas nie, hanya ada 2 pilihan. YA atau TIDAK. Tidak ada atau mahupun pilihan-pilihan lain. If you didn't do, you're going to die, tp effect lagi worst bila you do, and you will also die. So apa pilihan yang tinggal utk kuli2 bawahan macam aku nie? Aku paling menyampah dan jelik dengan jenis orang orang atas yang hanya tahu menghukum tiang tiang di bawah nie. Superior aku selalu cakap macam nie "Boss is always right, Zarith. No matter how wrong he is." Seeeee? Bila aku bersuara, selambeeeee je kena cantas. Alasan, aku orang bawah. Hmmm. Mana laa hak bersuara dalam hak hak asasi manusia nie kan? Aku masih hijau, masih baru dalam dunia pekerjaan. Banyak sangat yang aku perlu belajar. *Elehhhh, baru kerja 2-3 company cite macam dah berpuluh tahun pengalaman* Well, aku mungkin still budak mentah, budak berhingus yang masih nak belajar. Tapi, sekurang-kurangnya aku dah dididik dari zaman belajar lagi untuk peka dengan keadaan sekeliling. Respon kepada persekitaran. Bukan diam macam dungu. Tanpa tiang di bawah, tak mungkin sesebuah rumah itu mampu berdiri teguh. Politik kotor dalam mana mana sistem hierarchy kat dunia nie pon akan sentiasa menegakkan yang salah dari yang benar. Bukan niat nak menghentam sesiapa. Selagi namanya dunia, selagi itu laa manusia akan disogokkan dengan benda yang berpura pura. Hanya kerana AKU ORANG ATAS. Kuli macam aku, sila tunduk, diam dan patuh. Maaf, entry sedikit serius dari biasa. Meluahkan pandangan dari sudut seorang dewasa mungkin.

Thursday, April 12, 2012

FEMMIES

Salam readers,
FEMMIES














**ihsan dari kamera buruk Nokia C3 dan kamera mahal BB si angah

Mana angah?
Mana abah?
Kenapa asyik muka aku, alang, boboy dan mummy je yg ada?

Meh akak kepoh nak tolong jawab.

  1. Angah jarang balik ke rumah sbb konon2 study hard sbb nak last sem dah kan.
  2. "Ya rasa nak keluar jap laa bwk adik." MUMMY NAK IKOT JUGAK!
  3. Lepas alang masok sekolah kat rembau tue, tinggal laa aku dengan boboy je dekat umah.
  4. Abah tukang tangkap gambar.
  5. Anak-anak abah kaki camwhore *actually ratu camwhore is ANGAH*
So, till then peeps.

xoxo~










Saturday, April 7, 2012

IKHLAS

Salam dear readers :)

So, dengan cuaca yg redup hari nie, aku rasa sangap sangat terseksa jiwa raga menunggu ke jam 5:45pm sebab aku terpaksa bekerja pada hari yang suram ini. :( Pagi aku dikejotkan dengan melihat insan-insan yg kucintai masih lagi terbongkang sambil berdengkor umpama ikan paus terdampar di tepi pantai. Gila tak baik cakap macam tue. Shuh shuh! Tapi at least aku ikhlas apa cakap macam tue. Takde laa cakap belakang2 ke apa kan? Kau tau ke dorang rasa apa? Ikhlas omak kau! Itu megutuk laa, hamsap betol! *PENAMPAR SEBIJIK*

Okay, so hari nie topik perbincangan kita adalah IKHLAS. *pembuka ayat karangan UPSR aku dulu* Ikhlas nie banyak cabang actually. Lagi2 bila dalam jemputan. Semua tau kan, WAJIB pergi ke majlis yang telah diterima jemputannya. Tapiiiiiii..... apa yg aku nak fokuskan kat sini is, adakah jemputan itu IKHLAS? Niat tak menghalalkan cara u olls. So, kita sendiri tak dpt nak defined how ikhlas she/he kan? Baru2 aku ada dapat 1 invitation. Tapi, i can seriously say, jemputan itu sangat tidak ikhlas and bukan datang dari hati. Senang cerita, aku anggap aku tak wajib attend that kind of invitation if it is not that ikhlas kan? Kira senang cerita, aku tak dapat dosa, dia pon tak dapat dosa. It's a win win situation after all.

Dear readers, aku nak sarankan laa. If korang betol2 ikhlas nak ajak orang attend your big event, make sure the way korang ajak tue nampak betol2 ikhlas. Kiranya tak potong stim laa bila org dapat invitation korang yg ala kadar tue kan.

It's better korang tak banyak ajak teros sbb tak ikhlas.

So, renung2 kan dan selamat beramal.  :)

Friday, April 6, 2012

ANAK RAJA? YE, AKU NAK KAHWIN

KAHWIN? WHATTTT? Kelas entry akak hari nie. Eh eh, kejap. Salam Jumaat dear readers :)

Well, bersempena hari Jumaat yg mulia ini, aku nak share dengan readers, kenapa aku nak sangat kahwin dengan anak raja? *aku tengah rasa diri cun macam Hanis Zalikha skang nie*
Okay, lets get back to where we start. Macam nie laa, senang cerita, sebab utama aku nak kahwin anak raja is, AKU BETOL2 TERPENGARUH DENGAN CERITA2 DISNEY PRINCESS. *aku serius tak main2 nie* Pastu satu lagi, aku terpengaruh gila dengan cerita BAWANG MERAH BAWANG PUTIH version Latifah Omar, Mustafa Maarof dengan Umi Khaltum tue. Skang nie lagu buai laju laju tue dah terngiang-ngiang kat kepala aku dah nie. Time aku sekolah rendah, aku sekolah semua pompoan. *ini tradisi family aku utk sekolah sejenis, aku pon tak faham kenapa* Then, bila ada talent time ke apa ke kan, suka laa nak jadi PRINCESS kan, sebab kalau kite jadik princess, mesti kite jadi HEROIN kan? Then bila dpt jadi heroin, mesti ada hero. *time nie siape jadik hero kena dressing mcm lelaki sbb aku sekolah pompoan sahaja, REPEAT, PEREMPUAN SAHAJA* Eh kejap, nak interrupt, aku rasa sekolah perempuan menggalakkan budaya pengkid dan lesbian. Okay sambung balik. Aku igt lagi, waktu tue aku baru Standard 4, then ada Mesyuarat PIBG kat skolah, so, ada laa persembahan kan. Then, kakak senior aku waktu tue buat persembahan choir tau, lagu cerita Aladdin tue. Then sambil nyanyi ada mcm short pentomen. Jap, korang tau kan pentomen? Alaa, yg ada org lain cakap then ada org lain berlakon tue. Tau kan? Kan? Okay, smbung balik. Then, time tue akak senior aku sorang jadi Aladdin, sorang lagi jadi Princess Jasmine. Haaaa, time tue aku laa student yg paling kusyuk skali laa tengok dorang. Teros aku bayangkan time dorang nyanyi lagu tue kat atas flying carpet, round satu dunia. *okay, dah diam. Hentikan drama flash back tue* Aku pon tak sure yg mak ayah aku igt lagi ke tak persembahan tue sbb aku igt, balik nie nk tanya dorang sbb kan dorang dulu2 mmg datang mesyuarat PIBG kat sekolah aku. *okay, dah dah. Flash back lagi*

Then second reason aku nak kahwin dengan anak raja is, aku nak jadik macam Princess Ariel. Dalam banyak2 watak dalam cartoon Disney, aku paling nak jadik Ariel. Nak jadik mermaid. *tapi dalam cerita Peter Pan yg version org tue dengan cerita Sinbad yg pakai suara Brad Pitt tue kata, Mermaid nie jahat* Okay, dah kantoi aku slalu tengok cartoon. -.-' Okay, sambung balik. Time aku kecik2 aku rasa Ariel nie super hot okay, pakai kulit kerang je sebagai cover _______. *sila isi tempat kosong* Pastue kan, dah laa Prince Eric tue handsome gilaaaaa. Lagi laa aku membuak2 nak kahwin anak raja kan? Kan?



Pastue kan, aku selalu rasa yg kalau anak raja kerajaan Melayu *betol tak penggunaan tatabahasa aku?*, muka mesti ala-ala Mustafa Maarof version muda.  Gila tak handsome? Handsome kannnnn? Pastue nanti aku boleh shopping branded2, yg designers brands semua. *skang tak mampu lagi :(* Tak ke seronok hidup mcm tue?

*tak ke hebat aku rasa kalau kahwin nnt pakai dress Valentino?*


Tapi kawan2! Bila aku dah boleh menggunakan kewarasan akal fikiran aku kan, aku dah tak jadik nak kahwin dengan anak raja. *okay jejaka single, sila pinang aku :P * Lagipon kan u olls, mak tak faham laa kenapa wedding nowadays MAHAL GILAAAAAAAA! Kan Ustaz Azhar Idrus ada bgtau nie:


So, aku rasa nowadays, people spend tooooooooo much utk benda2 yang tak penting, instead of benda2 wajib dalam Islam tue sendiri. *Eh Jah, habis tue kau kahwin nanti stakat akad nikah je ke?* Okay, semua org tau, ijab and kabul benda paling penting kan? Hantaran ribu riban tue semua adat org Melayu je. Pastue aset utk mak-mak jadik modal mengumpat brape harga hantaran. SEE? Tak perlu laa hantaran yg aku rasa kadang ridiculous tue kan? Tak kesian ke bakal husband korang-korang tue? Tak pasal2 nanti berhutang along semata-mata nak bagi duit belanja hantaran kahwin. Kang jadik macam cerita Seniman Bujang Lapok laa plak, anak dah 3 baru nak mengungkit segala. Tak pasal2 nnt cerai berai pulak kan? 

So, as for me pulak utk perkahwinan idaman nnt, cukup laa yg sederhana. Yang mampu kedua belah pihak tanggung. *ececeh! Cerita mcm dah nak kahwin je kan?* Well, aku just takot sebab nowadays, perkahwinan tue semua dah lebihkan adat dari agama. Serius aku cakap, kalau tak cukup RM30K dlm tangan, susah laa. *banyak yg aku nak jelaskan sebenarnya, tapiiiiiii...* 

In a nutshell, fikir-fikirkan :) 

Japppp, actually dream wedding aku is beach wedding! Okbye! 


Thursday, April 5, 2012

SAKIT GIGI

Salam readers,

Actually dah berhari hari aku menahan rasa yang tidak tertanggung nie. Tapi akhirnya aku berjaya menulis entry nie jugak. Bila dah tua2 nie baru nak rasa sakit gigi, so dah paham laa, confirm tanda2 awal gigi bongsu tue nak keluar. Actually, aku dah simpan gigi bongsu dari 5 tahun lepas lagi. Dah berkali2 dah muka aku menjadi pelawat setia klinik Dr. Lim kat Subang tue haa.



Dialog 5 tahun lepas dgn Dr. Lim:

Dr. Lim: Yes, dear. What bring u here?
(Dlm hati aku jawab, dah tentu laa sbb gigi aku sakit!)
Cik Mawar: I had a very bad toothache.
Dr. Lim: Let me see.
(Hah hah, agak2 mulut aku bau tak? kekeke)
Dr. Lim: Owh dear. Your last tooth is coming out. Unfortunately, it's coming out horizontally. We have to take it out dear. U have to undergo a minor operation.
(Haaaaa sudah! Gigi punya pasal pon nak kena ada operation bagai ke?)
Cik Mawar: Emmm, is it? How much does it cost?
(Check wallet jap, ada laa RM50 sekeping)
Dr. Lim: Well, not much. It will cost RM500 per tooth. Since all the 4 teeth doesn't have enough space to come out, we need to do all 4.
(Kepala hotak kau! Sebatang RM500? Dah kalau 4 batang tak RM2000?)
Cik Mawar: Emmm. Let me check with my mom first. Do we need to fix an appointment first?
(Wahhhh. Kelas kau. Padahal takkan mampu pon nak cabut semua tue! Nak appointment bagai!)
Dr. Lim: Yeah, sure. I'll let you know when.

*So, korang dah tau kan kenapa gigi bongsu nie still ada dalam mulut aku nie dari 5 tahun lepas?

Okay, disebabkan aku tak mampu nak bayar kos pergigian yg sangat tinggi kat Klinik Dr. Lim tue, aku pon beratur panjang laa kat Klinik Pergigian Kerajaan kat Seksyen 7 Shah Alam. (Doktor kat sini best. Ini serius. Layan aku baik sangat walaupon aku tersalah hari pergi check.)

So, ini dialog 2 tahun lepas.

Dr. A: So, meh doktor tgk gigi awak. Sakit sangat dah ke?
Cik Mawar: A'aa. Dah tak boleh nak gigit apa dah nak makan nie.
Dr. A: Meh doktor check. Woww! Gigi awak bersih sgt. For your ages, jarang sy jumpa gigi bersih mcm awak. (Time nie aku dah kembang gila smbang nak koyak seluar. Tiba2 aku rasa mcm dh tak sakit dah dengar pujian mcm tue -.-')
Cik Mawar: Owh eh? Thanks doktor. Apa laa sgt. Sy jaga gigi sama je macam org lain jgk.
Dr. A: Good. Take a really good care of your teeth kay. So, sy akan tulis surat utk awk operate gigi awak tue dekat Hospital Besar nnt.
(Damn! Operate jugak ke? Bape hinggit plak nie? Maklum laa, time tue aku blaja lagi. Tgh cuti sem plak tue. Mana nak ada duit kan?)
Cik Mawar: Emmmm. Kos dia berapa doktor?
Dr. A: RM50 utk sebatang gigi. And you need to take out all the 4 teeth. Ruang dekat gusi awak tue takde space langsung. Bahaya utk gigi2 awk yg lain.
Cik Mawar: Emmm. Okay doktor. Thanks.

**Yang nie pon korang dah tau kan sebab2 gigi bongsu nie still ada dengan aku. +.+"

Untuk pengetahuan korang, gigi bongsu nie akan tumbuh banyak cara. Meh aku share something dekat bawah nie dekat korang.



 So, yang tumbuh secara horizontal tue adalah keadaan gigi aku sekarang nie. Seriously, memang merana gila. Time macam nie mula laa aku nak mengamok je. Tambah plak dengan musim Summer kat Malaysia nie skang. Lagi laa merana aku. =.="

As a gentle reminder utk semua, take a really good care of your teeth. It's too important. For those smokers, do brush your teeth regularly and visit your dentist too. There are a lot of products out there that can help to keep your teeth and mouth clean.









Didik laa anak2 anda utk jaga kesihatan gigi dari kecik lagi okay utk dapatkan gigi yang sihat dan cantik macam Cik Mawar :))


Thanks for reading. Till then. :)

xoxo

Wednesday, April 4, 2012

KEJIRANAN

Salam dear readers,

People may say it is WORDLESSLY WEDNESDAY, but... it is not for me today. When I was a little girl, I've been dreaming to live in a residents area that full with wonderful people. Who cares for each others, alerting with each other, and do whatever things together as a great neighbour hood. *ITU IMPIAN INDAH GARA-GARA SELALU TGK CERITA-CERITA DISNEY*

Well, as I grow up, I became to knew that it is all bull shit. Mana ada kejiranan yg super awesome macam cerita Desperate Housewives tue kan? Actually cerita tue pon menunjukkan jenis2 jiran yang KEPOH gila nak tau hal orang lain. Tapiiiiiiiii! Boleh tak korang imagine if rumah dekat dalam hutan, jauh dari jiran2? Kang sakit pening sape pulak nak tolong tengah2 malam kan? *mungkin orang2 kaya yg beli rumah dekat dalam hutan dah sediakan 10 org gaji, so that kalau sakit pening, org gaji boleh tolong* Dalam Islam sendiri menyuruh kita utk hidup berjiran, belajar kerukunan sesebuah masyarakat. Kadang2 aku terpikir, nowadays people sgt ignore jiran2 sbb jiran2 nie kadang2 bukan nak tolong kte, TAPI NAK TOLONG AMBIK TAU HAL CELAH KAIN KITA. *kiranya ala-ala mesyuarat tingkap laa nie* Well, perception mcm nie laa yg buatkan org2 kat bandar tak suka hidup berjiran. Lebih baik duduk dalam hutan daripada dikelilingi jiran-jiran yg terlebih ambik tau nie.

Let me briefly explain on these situations:


  1. Jiran korang konon2 tgh betol langsir, padahal tgh intai korang keluar dengan siapa, beli barang apa, naik kereta apa, dsb. Maka ahli mesyurat tingkap akan memulakan sidang umpatan.
Cik Jah: Nab! Kau tau, anak si Peah sekarang bukan mainnnnnn lagi! *nada memang habis tinggi sbg intro*
Cik Nab: Haaaaa, kau pon nampak jgk ke pagi tadi? *nada excited gila nak teroskan perbualan*
Cik Jah: A'aa Nab, anak si Peah yg sulung tue, yg dah kerja tue, *mulut time nie habis muncung* haa, si along tue laa, kemain lagi Nab. Ntah keluar dgn jantan mana ntah naik kete besau. Ntah mak dia tau ke tak. Berani btl bdk jantan tue ambik depan umah.
Cik Nab: A'aa laa kan, berani betol ambik depan umah. Si Peah tue laki bini kerja siang malam. Confirm laa dia tak tau si along tue keluar dgn jantan!
(Tiba-tiba dtg Cik Ton dgn sireh tersentil kat mulut nak join majlis ahli mesyuarat tingkap)
Cik Ton: Ape yg korang borak nie haa? Kemain rancak lagi aku dengau? *sambil membetulkan sireh*
Cik Nab: Nie haa, anak si Peah, kemain lagi keluar dgn jantan mana ntah. Siap ambik depan umah lagi tue! *habis semangat si tukang explain nie*
Cik Jah: A'aa, ntah si Peah tau ke tidak ntah!
Cik Ton: Haiii korang nie. Aku igtkan tgh bincang macamana nak didik masyarakat skang nie. Rupanya tgh mengumpat. Nab, Jah, skang nie zaman IT. Ntah2 si along tue dah BBM mak bapak dia. Ada kau tau? Kalau pon si along tue nak keluar dgn jantan mana pon naik kete besau pon, ada dia mintak duit korang? Sudah2 leeee korang mengata si Peah ank branak. Dosa kering je Nab, Jah oiiiii!
(Cik Ton berlalu smbil menggeleng kepala. Cik Nab dan Cik Jah rase terbakau telinge dgr sindirin tajam Cik Ton)

       2. Jiran jenis nak mengamok tak tentu pasal.

      3. Jiran jenis sampai menyampai ibarat sedang mengacara Melodi.

      4. Jiran jenis yg suka sangat mencuba masakan terbaru and korang sebagai tester ala2 rancangan Chef Wan.

    5. Jiran yg jenis buat kenduri kendara tiap2 minggu pastue korang kena tolong rewang siap umah korang jadik multi purpose usage.

 Aku betol2 tak faham jenis jiran yang macamnie. Like seriously, aku sumpah aman gila duduk apartment. Takde orang nak kisah. Jiran still helping when u need but, dorang semua takde masa nak mesyuarat tingkap lama2 sbb there are still a lot of things to do. Daripada Cik Jah and Cik Nab tue sebok bergossip, lebih baik masak sedap2 bagi laki and anak2 makan. Ini kadang2 sbb nak kejar the latest gossip, goreng telor je utk laki makan. Kan tak elok macam tue. I'm not just saying, it really happens in our community. Kalau those neighbours betol2 ambik tau hal2 yg membina takpe, ini kadang2 it's too over. Tgk anak org macam nak terkeluar bijik mata. Come on peeps! Don't u have other things to do? Ada tak dalam Islam mentioned yg kita kena mengumpat hal jiran tetangga? Takde kan? In fact, bukan kah lebih baik menutup dan menjaga aib org lain? I'm not blaming the parents or the youngsters itself. We ain't kids no more. Kalau betol menegur and kena caranya, tak salah tindakan tue. Abah selalu pesan, "Biar org buat jahat kat kita, jangan kita buat jahat dekat org". Or these only happens among Malays? *Jiran2 Cina and India tak mengumpat eh?* Ntah laa kan. Mungkin sbb kite nie Islam. Maka makin dekat kita dengan kebaikkan makin kuat laa syaitan menghasut. Sebab tue Allah nak uji kita lebih kan? Who knows? It's Allah business. 

So, renung-renungkan dan selamat beramal :)





Tuesday, April 3, 2012

HAIWAN KESAYANGAN RASULULLAH SAW

Salam readers. Well, bila bercakap pasal kucing kesayangan Nabi junjungan besar kita, Muhammad SAW, semua pon tahu, it is a CAT. Nabi Muhammad SAW sendiri memuliakan kucing peliharaan dia. In fact, ada hadith yg sebut macam tue:

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

 See, so, dah terang lagi nyata macamana kedudukan seekor kucing disisi Nabi Muhammad SAW kan? Plus, abah pernah cerita dekat aku, ada seorang lelaki nie, time tue dekat Mekah, kaki dia sakit, kudis terok. So, time dia tengah duduk kat tepi2 MasjidilHaram tue, datang laa seekor kucing dekat dia. Meleset-leset dekat kaki dia. Dia tak marah pon, in fact, dia siap bagi kucing tue makanan lagi. Then, kucing tue jilat kaki dia yang berkudis tue. Atas kebesaran Allah SWT, maka, elok laa kaki lelaki yg berkudis tue tadi. SEE???? Nampak tak kelebihan kucing nie? Aku penah jgk dengar (itupon kalau tak silap aku. maaf kalau salah), selain Nabi Muhammad SAW yg tunggu kte kat depan pintu syurga nanti, kucing peliharaan kite pon akan sama2 tunggu kite kat depan pintu syurga nanti. SOOOOO? Besar kan pahala org yang bela kucing nie?


Meh sini aku nak share something. *copy from blog org lain*


Kucing adalah haiwan kesayangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Memeliharanya adalah sunnah. Besar pahala manusia yang mengamalkan sunnah nabi ini. 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
Tidak salah rasanya untuk kita sama-sama menghidupkan kembali sunnah yang sudah lama hilang. Mungkin banyak amal kebajikan lain yang kita tidak mampu laksanakan. Namun dengan sedikit usaha kita memelihara haiwan kesayangan nabi ini, siapa tahu ia akan dikira suatu amal kebajikan yang cukup besar di sisi ALLAH. Barangkali ianya juga akan membantu kita di hari kemudian. Tuhan itu maha adil. Setiap kebaikan yang kita laksanakan pasti akan diberi ganjaran. Percayalah.
Berbaktilah pada sesiapa sahaja. Bukan sahaja pada manusia tetapi juga pada binatang haiwan ternakan. Walaupun mereka tidak punya akal untuk berfikir, tetapi dengan setitik nilai kasih sayang yang kita curahkan buat mereka akan dikira sebagai suatu amalan yang cukup besar olehNYA. 
SEEEEE??? So, aku tak faham kenapa ada org2 kat luar sana yang suka sangat nak menyeksa binatang?? Let me stated here, KUCING AKU MATI 6 EKOR STRAIGHT DLM MASA SATU MALAM SBB TERMAKAN RACUN. Can u feel how am i feel now? PLUS, ADA FEW KUCING AKU YG BALIK UMAH DLM KEADAAN LONGLAI, LUKA SANA SINI SBB KENA PUKUL DENGAN JIRAN. Apa korang rasa bila kena kat korang sendiri? Aku tak faham kenapa jahil sangat manusia nie? Kalau binatang yg tak bertuan pon dorang boleh buat mcm tue, NO WONDER LAA BOLEH BUANG BABY MCM TUE JE! JAHIL!

Monday, April 2, 2012

GATEAWAY LIKE, NOW!

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan munkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa
Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali
Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapakan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama
Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Take me out of here, please...