Tuesday, April 17, 2012

AKU ORANG ATAS

Salam readers,

Aku pasti, yakin yang semua orang dalam dunia nie belajar sejarah kan? *antara lulus dengan tidak je* Well, kiranya, bila korang dah baca title entry nie pon, korang dah kira tau dah, aku nak cakap pasal apa. It is about hierarchy system. Aku bukan nak cakap pasal sistem nie yang ada kat dunia ke, kat Malaysia ke apa. Tp aku nak cakap pasal hierarchy system yang ada dekat most of offices nowadays. Well, semua orang tau, bila kita bekerja, kita mesti ada superior, bila ada superior, mesti laa kena ada bos, bila ada bos, baru laa ada CEO, COO apa o semua tue laa. Dan sebagai kuli macam aku, harus laa sentiasa dengar arahan dari orang-orang atas nie semua. Arahan yang orang orang atas nie, tak sama macam arahan yang lecture keluarkan time kite belajar dulu. Tak sama jugak dengan arahan dari cikgu-cikgu sekolah. Arahan dari orang orang atas nie, hanya ada 2 pilihan. YA atau TIDAK. Tidak ada atau mahupun pilihan-pilihan lain. If you didn't do, you're going to die, tp effect lagi worst bila you do, and you will also die. So apa pilihan yang tinggal utk kuli2 bawahan macam aku nie? Aku paling menyampah dan jelik dengan jenis orang orang atas yang hanya tahu menghukum tiang tiang di bawah nie. Superior aku selalu cakap macam nie "Boss is always right, Zarith. No matter how wrong he is." Seeeee? Bila aku bersuara, selambeeeee je kena cantas. Alasan, aku orang bawah. Hmmm. Mana laa hak bersuara dalam hak hak asasi manusia nie kan? Aku masih hijau, masih baru dalam dunia pekerjaan. Banyak sangat yang aku perlu belajar. *Elehhhh, baru kerja 2-3 company cite macam dah berpuluh tahun pengalaman* Well, aku mungkin still budak mentah, budak berhingus yang masih nak belajar. Tapi, sekurang-kurangnya aku dah dididik dari zaman belajar lagi untuk peka dengan keadaan sekeliling. Respon kepada persekitaran. Bukan diam macam dungu. Tanpa tiang di bawah, tak mungkin sesebuah rumah itu mampu berdiri teguh. Politik kotor dalam mana mana sistem hierarchy kat dunia nie pon akan sentiasa menegakkan yang salah dari yang benar. Bukan niat nak menghentam sesiapa. Selagi namanya dunia, selagi itu laa manusia akan disogokkan dengan benda yang berpura pura. Hanya kerana AKU ORANG ATAS. Kuli macam aku, sila tunduk, diam dan patuh. Maaf, entry sedikit serius dari biasa. Meluahkan pandangan dari sudut seorang dewasa mungkin.

No comments:

Post a Comment