Friday, April 6, 2012

ANAK RAJA? YE, AKU NAK KAHWIN

KAHWIN? WHATTTT? Kelas entry akak hari nie. Eh eh, kejap. Salam Jumaat dear readers :)

Well, bersempena hari Jumaat yg mulia ini, aku nak share dengan readers, kenapa aku nak sangat kahwin dengan anak raja? *aku tengah rasa diri cun macam Hanis Zalikha skang nie*
Okay, lets get back to where we start. Macam nie laa, senang cerita, sebab utama aku nak kahwin anak raja is, AKU BETOL2 TERPENGARUH DENGAN CERITA2 DISNEY PRINCESS. *aku serius tak main2 nie* Pastu satu lagi, aku terpengaruh gila dengan cerita BAWANG MERAH BAWANG PUTIH version Latifah Omar, Mustafa Maarof dengan Umi Khaltum tue. Skang nie lagu buai laju laju tue dah terngiang-ngiang kat kepala aku dah nie. Time aku sekolah rendah, aku sekolah semua pompoan. *ini tradisi family aku utk sekolah sejenis, aku pon tak faham kenapa* Then, bila ada talent time ke apa ke kan, suka laa nak jadi PRINCESS kan, sebab kalau kite jadik princess, mesti kite jadi HEROIN kan? Then bila dpt jadi heroin, mesti ada hero. *time nie siape jadik hero kena dressing mcm lelaki sbb aku sekolah pompoan sahaja, REPEAT, PEREMPUAN SAHAJA* Eh kejap, nak interrupt, aku rasa sekolah perempuan menggalakkan budaya pengkid dan lesbian. Okay sambung balik. Aku igt lagi, waktu tue aku baru Standard 4, then ada Mesyuarat PIBG kat skolah, so, ada laa persembahan kan. Then, kakak senior aku waktu tue buat persembahan choir tau, lagu cerita Aladdin tue. Then sambil nyanyi ada mcm short pentomen. Jap, korang tau kan pentomen? Alaa, yg ada org lain cakap then ada org lain berlakon tue. Tau kan? Kan? Okay, smbung balik. Then, time tue akak senior aku sorang jadi Aladdin, sorang lagi jadi Princess Jasmine. Haaaa, time tue aku laa student yg paling kusyuk skali laa tengok dorang. Teros aku bayangkan time dorang nyanyi lagu tue kat atas flying carpet, round satu dunia. *okay, dah diam. Hentikan drama flash back tue* Aku pon tak sure yg mak ayah aku igt lagi ke tak persembahan tue sbb aku igt, balik nie nk tanya dorang sbb kan dorang dulu2 mmg datang mesyuarat PIBG kat sekolah aku. *okay, dah dah. Flash back lagi*

Then second reason aku nak kahwin dengan anak raja is, aku nak jadik macam Princess Ariel. Dalam banyak2 watak dalam cartoon Disney, aku paling nak jadik Ariel. Nak jadik mermaid. *tapi dalam cerita Peter Pan yg version org tue dengan cerita Sinbad yg pakai suara Brad Pitt tue kata, Mermaid nie jahat* Okay, dah kantoi aku slalu tengok cartoon. -.-' Okay, sambung balik. Time aku kecik2 aku rasa Ariel nie super hot okay, pakai kulit kerang je sebagai cover _______. *sila isi tempat kosong* Pastue kan, dah laa Prince Eric tue handsome gilaaaaa. Lagi laa aku membuak2 nak kahwin anak raja kan? Kan?



Pastue kan, aku selalu rasa yg kalau anak raja kerajaan Melayu *betol tak penggunaan tatabahasa aku?*, muka mesti ala-ala Mustafa Maarof version muda.  Gila tak handsome? Handsome kannnnn? Pastue nanti aku boleh shopping branded2, yg designers brands semua. *skang tak mampu lagi :(* Tak ke seronok hidup mcm tue?

*tak ke hebat aku rasa kalau kahwin nnt pakai dress Valentino?*


Tapi kawan2! Bila aku dah boleh menggunakan kewarasan akal fikiran aku kan, aku dah tak jadik nak kahwin dengan anak raja. *okay jejaka single, sila pinang aku :P * Lagipon kan u olls, mak tak faham laa kenapa wedding nowadays MAHAL GILAAAAAAAA! Kan Ustaz Azhar Idrus ada bgtau nie:


So, aku rasa nowadays, people spend tooooooooo much utk benda2 yang tak penting, instead of benda2 wajib dalam Islam tue sendiri. *Eh Jah, habis tue kau kahwin nanti stakat akad nikah je ke?* Okay, semua org tau, ijab and kabul benda paling penting kan? Hantaran ribu riban tue semua adat org Melayu je. Pastue aset utk mak-mak jadik modal mengumpat brape harga hantaran. SEE? Tak perlu laa hantaran yg aku rasa kadang ridiculous tue kan? Tak kesian ke bakal husband korang-korang tue? Tak pasal2 nanti berhutang along semata-mata nak bagi duit belanja hantaran kahwin. Kang jadik macam cerita Seniman Bujang Lapok laa plak, anak dah 3 baru nak mengungkit segala. Tak pasal2 nnt cerai berai pulak kan? 

So, as for me pulak utk perkahwinan idaman nnt, cukup laa yg sederhana. Yang mampu kedua belah pihak tanggung. *ececeh! Cerita mcm dah nak kahwin je kan?* Well, aku just takot sebab nowadays, perkahwinan tue semua dah lebihkan adat dari agama. Serius aku cakap, kalau tak cukup RM30K dlm tangan, susah laa. *banyak yg aku nak jelaskan sebenarnya, tapiiiiiii...* 

In a nutshell, fikir-fikirkan :) 

Japppp, actually dream wedding aku is beach wedding! Okbye! 


2 comments:

  1. wahh.. beach wedding! memang best tp xrisau ke tiba2x ombak besar dtg serang? haha
    hye.. come follow me and i will follow u back. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. beach wedding is just a dream :) Tp who knows in future, that wedding theme will come true kan? :)
      btw, thanks for following me *blushing*

      Delete