Thursday, May 31, 2012

PERNAH TAK?


Korang korang korang! Jom main satu game nie nak tak? **Aku terpengaruh gila laa dengan Running Man skang nie =.='** Aku tanye, korang jawab okay? HAHAHA. *Evil laughed* 

  1. Pernah tak korang kentut dalam selimut pastue korang bau? **Sila jawab secara jujur
  2. Pernah tak korang korek pusat pastue cium?
  3. Pernah tak korang korek hidung pastue cium bau taik hidung tue?
  4. Pernah tak korang gelak pastue terkentot?
Okay, aku dah tak ingat lagi dah apa benda bangang yang pernah aku buat. Tapi aku akui yang aku memang pernah buat semua nie. HAHAHAHAHA. Aku tak rasa korang normal kalau korang tak pernah buat semua. Jangan nak poyo diva mahupun vouge. Aku yakin dan pasti korang mesti pernah buat semua nie jugak. Kalau tak semua, yang paling famous mesti yang no 1 tue kan? Kan? HAHAHAHAHA.

PETUA HILANGKAN BATUK DAN KAHAK

Okay, masok hari nie dah lebih dari seminggu aku terbatok batok, sok sek sok sek kesat hidung. Penat laaaa mcam nie.

Tapiiiiiiiiiiiiii, dengan adanya kemudahan internet skang nie, aku dah berjaya mencari petua utk aku hilangkan batok batok aku nie haa. Thanks Pak Cik Google!

Petuanya adalah:


Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1
Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.

madu Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2
Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci
Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum

limau kasturijpg Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  3
Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin…

air suam Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 4
1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang
Saya try selama 2 hari ni:
air limau nipis suam + madu biobarakah
madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.
dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga.
Alhamdulillah, ni beransur baik.
Boleh ye cuba…
Air suam + limau nipis + madu + gula batu

bawang putih Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 5
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam
Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).

*ihsan daripada www.lepak.my 

Selamat mencuba ya'lls :)

KETAGIHAN

Salam dear reader,

Semalam kan, satu lembah klang hujan lebat tau. Masyuk tau aku tido pepagi tue. Siap rebut rebut selimut dengan adik aku. Fuhhh! Feeling tau! Bertambah seronoknya aku adalah kerana semalam aku cuti weh. SUKA SUKA SUKA. Lama tau tak cuti. Sesentap ok! Okay, aku bukan nak cerita pasal tido pagi yang indah itu. Actually aku nak cerita pasal ketagihan lama aku yang dah datang kembali. ***Okay, bunyi macam sangat serius. Sebenarnya kan, kan, kan......


Ketagihan kini adalah kerana INI!






Siri Running Man dah berjaya memecahkan keegoan aku terhadap siri siri variety show korea. Sebelum nie kan, aku selalu tertanya tanya **pahal weh budak berdua nie terkekek kekek ketawa eh?** Merujuk kepada dak alang dengan boboy yg ketagih siri Running Man ini. Pusher dorang adalah dak angah. Huh! Org anta pergi belajar, dia pergi download Running Man. Sesentap! 

Skang nie, aku cepat cepat nak balik umah sebab nak tengok Running Man sambil tergolek golek aku tergelak. *Korang patot dengar gelak monster aku time tengok siri nie* 

Maka, mereka yang terlibat dalam menyalurkan ketagihan aku adalah :

  1. Zarith Izzatie Umairah a.k.a Tukang Explain Nama Pemain 
  2. Zafir Amar Iskandar a.k.a Tukang Gelak Paling Demmmm
  3. Zarith Aizreen Ameera a.k.a The Pusher

Sekian, akan aku usahakan sehabis daya utk menghabiskan episod siri dorang dah cecah 80++

Tuesday, May 29, 2012

KISAH WWW 1


WWW 1 milik Sultan Johor



KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.
Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..
Harga WWW 9 ialah RM350,000.

*** Ihsan dari KOSMO Online

Plat number utk ZFZ 1989 ada tak? Kalau ada, nak letak dekat NEO R3 nnt :P


Monday, May 28, 2012

CUTI SEKOLAH DAN KENDURI KAHWIN

Salam dear readers,

How do you do? Monday's Blues? Biase leteww kan. Uhuk uhuk. Okay, batok, selsema dan demam menyerang sepanjang minggu lepas. Maka mood terhadap semua benda pon ke laut laa kan? PMS? Ha'aaah, sekali letewww. Okay, hari nie aku pergi kerja jalan lengang gila. Seronok! Nak tau sebab apa? Sebab budak-budak tengah cuti weh! 2 minggu nie confirm aku takde masalah lalu lintas ke tempat kerja. *ececeh, padahal selama nie mmg aku takkan ada masalah lalu lintas pon. Office 5 minit je dari umah. Huh!* Dah dah, apa yang aku nak cerita sebenarnya is, kenapa setiap kali cuti sekolah je, mesti ada kenduri kahwin?

Semalam, waktu aku pergi kelas, aku jumpa nak dekat 10 kenduri kahwin. Pada aku itu tak cukup mencabar. Aku ingat lagi, suatu ketika dulu, ktorang satu family pergi johor tau, umah mak lang. Arwah nenek dengan dengan atok pon ada lagi. Lepas tue, ktorang ikot jalan kampong. Dari Negeri Sembilan ke Johor tue, korang tau berapa banyak kenduri kahwin ktorang jumpa? 30 ++ okayyyyy! Semuanya dilangsungkan pada musim cuti sekolah. Aku sendiri tak berhenti attend kenduri kahwin kawan kawan aku dari minggu lepas sampai laa minggu depan. Sorry, I fully booked weekend nie okay. Call me next time for an appointment. Haaa, kelasss kau!

Okay, berbalik kepada soalan di atas, kenapa setiap kali cuti sekolah je mesti ada kenduri kahwin? Padahal kan, yang nak kena pergi rewang kat umah umah orang kahwin tue semua, orang2 yang bekerja. Bukannye budak budak yang tengah cuti sekolah tue kan? Cikgu cikgu zaman sekarang pon kena kerja gak time cuti sekolah kan? Aku takde jawapan weh utk soalan nie. Korang tolong jawab boleh tak?

Monday, May 21, 2012

APAKAH CERITA PERODUA ANDA?

Salam readers,

Wehuuuuu~ Kite gila super excited bila bukak email kite pagi tadi and nampak this:


Hambek kau. Pengarah Urusan Perodua balas email aku. HAHA. So, for those yang ada cerita menarik mengenai perodua anda, jom sama sama share cerita anda tue!

Senang je, browse je nie : http://www.perodua.com.my/ . Pastue keluar benda alah nie pulak:


So, selamat berkongsi pengalaman anda bersama Perodua! Enjoyyyyy :)

HUJUNG MINGGU

Salam readers,

Selamat pagi Isnin. Yes, aku sedang Monday blues skang nie. Sumpah mata aku tak larat nak bukak. =.=
Aku melalui hujung minggu yang memenatkan, yet, very satisfying! Ini serius. Sebab itu mata sepet ini malas hendak dibuka pagi tadi. Nasib baik semangat wanita tabah ini kuat. Eceececewaaaahhh!! Klang-PD-Klang-Shah Alam-Klang-PD-Seremban-Klang-Shah Alam-Klang. Tabah gila aku mengharungi. Hihihi

Jumaat, 18 May 2012
Okay, cerita bermula begini. Tepat jam 3:45 petang Jumaat, aku dapat panggilan telefon daripada atok di kampong. Menyampaikan berita sedih. Atok saudara aku meninggal. Innalillah hi wainnalillah hi rajiun. So, around 4 aku teros emergency balik rumah, amik adik and tggu dear parents n angah dekat rumah. Lepas siap siap semua, teros straight balik PD. Lepas dah balik dari kubur semua, mandi2, makan then tidor.

Sabtu, 19 May 2012
Lepas tue next day, pagi gilaaaaaaa aku bangun sebab nak balik Klang balik. Angah si gedik masok kerja pukul 10 pagi. Tepat 10:05 pagi, aku selamat sampai dekat pagar depan tempat kerja dia. Memandangkan aku tinggal berseorangan sepanjang hari tue, dan perot yang lapar mintak di isik, aku pon dengan tak tau malu, pergi melawat wanie dan emaknya di rumah tengah hari itu. Yesss! Mak dia pelawa makan tengahari kat umah. Kah kah kah! Lepas tue, aku dan wanie pon berangkat laa ke Jusco Bandar Baru Klang utk mencari hadiah kahwin utk Elly, kawan kami yang akan bernikah pada malam nnt. Pusing punya pusing, kami pon jumpa laa set pinggan mangkuk utk dijadikan hadiah kahwin mereka. *orang baru kahwin kan mmg collect hadiah pinggan mangkuk bagai nie* Aku dengan wanie penat penat angkat set berat itu, lepas tue mendapat panggilan dari maz dan shila utk bahagikan 4 nama utk hadiah kahwin itu. Pemalas! Penat tau pikul barang tue. Tsk!

Masa yang ditunggu akhirnya tiba ya'lls. Kaki aku teros menekan pedal minyak utk ke UiTM Shah Alam bagi menghadiri convocation En. MNK. Berpeluh okay jalan kaki dari padang kawad tue nak pergi dewan agung apa ntah tue. Phewww! *Kesat peluh, kibas2 rambut* Lepas tue, aku dah rambang mata nak pilih bunga bear apa bagai laa semua tue. Strategy dorang buat marketing sangat memeningkan kepala aku. Bila aku dah bengang mencarik, aku pon cakap kat akak kedai tue macamnie, "Kak, sy carik bunga + bear utk hubungan yg complicated. Ada jual tak?" Haaaa, hambek kau. Aku sorang je pelanggan yang straight forward camnie okay. Sekali kan, akak tue jawab, "Yang nie paling sesuai dik! Bunga ros ada satu je kat tengah. Memang complicated habis dah yang nie dik." HAHAHA. Okay kak, strategik kau memang menjadi sampai aku terpedaya sekali.

Seriously panas gilaaaaaaa tunggu kat bawah khemah tue eh. *Dulu time aku convo, dok dalam dewan, ada air cond, hik hik* Tunggu punya tunggu, finally, HABIS jugak sidang dorang tue. Teros grab hp, tunggu En. MNK dekat tepi pintu dewan tue. And, TADAAAAAAAAA! Happy Graduation MNK! Muah muah, pelok cium bagai depan orang ramai tue semua. *Okay AKU TIPU JE! Takde adegan 18SX berlaku* Tapiiiiii, *jap nak kesat air mata sikit* hmmmm. Tak nak cerita laa. Biar jadi rahsia kami :)

Lepas tue, teros balik. Hantar wanie balik, aku pon teros balik umah, iron baju bagai nak attend wedding Elly pulak malam nie. Dress angah tersarung elok dekat badan aku yang gedempol ini *Thanks Angah!* Time time wedding nie laa nak jumpa kawan kawan time sekolah dulu. Duda aku time sekolah dulu pon jumpa jugak. HAHA. Itu semua KENANGAN okay. Lepas tue teros angkot teman teman sekelas aku nie pergi ambik angah balik dari kerja. Jadik kerja kan aku mengangkut budak budak nie semua teman aku pergi ambik angah. Dah lepas hantar dorang balik semua, aku and angah pon teros laa balik rumah. Time aku rasa urat badan aku dah longgar habis. Mengantokkkkkk gilaaaaaaa! Letak je kepala, hambik kau! Pagi esok baru aku jaga.

Ahad, 20 May 2012
Bangun je pagi tue, teros siap2 kejut angah and hantar dia pergi kerja. *Aku kakak mithali, aku dah tau dah* Lepas tue, teros je aku memecut laju meninggalkan klang dan teros ke PD pulak. Sampai PD je, dorang semua dah siap nak pergi kenduri dekat Seremban pulak. *kazen kite kahwin* Dah sampai2 kenduri tue, makan makan, aku teros mintak diri nak balik. Tak boleh tunggu lama dah nie. MNK kata, bus dia pukul 5:30 ptg. Jam skang, 3:15 petang. Terbaik weh. Sampai je umah pukul 4:45 petang tue, aku teros pecut pergi Seksyen 16 jumpa MNK dekat sana pulak. Pelok cium bagai lagi ktorang dekat tengah ramai orang tue. *OKAY, AKU TIPU LAGI SEKALI* Then teros balik Klang balik. Sampai je umah, mummy dah siap buat air utk minum petang. Terbaikkkkk! Lepas jek magrib, kawalan mata aku dah bawah takat sedar dah. Teros laa tidor, then bangun, makan, mandi, tido balik.

Yes, it was a veryyyyyyyyyyyyy long weekend i had. But, it is really satisfying. Terima kasih utk semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjadikan hujung minggu sangat bermakna utk aku :)

Ketemu lagi di lain masa. InsyaAllah :)

Thursday, May 17, 2012

WILLIAMS CORNER

Salam readers,

Nafsu aku nak membaham makanan di Williams Corner dah semakin memuncak! Meh aku nak kasik korang tangkap leleh ngn menu dorang yg superb nie!

mee raja

nasi goreng ayam 2 rasa

baked pasta

carbonara pasta

butter noodles with pandan chicken

nasi goreng ketam

meatball lasagna

mihun sup seafood

soda herb

tak ingat laa nama menu nie

Okay, i'll get my food full with this food tonite ya'll! Sape nak teman? You? You? Or you? JOMMMMM!



Wednesday, May 16, 2012

EWWWWW!

Salam readers,

Okay, aku tak tau nak start dari mana. Nie ada satu benda aku nak bgtau. Kejadian nie baru je berlaku tadi. Aku tengah syiokkk gila tau minum air from bottle air comel aku nie. Then tetibe aku ternampak laa ada benda berenang2 dalam bottle air nie tau. So aku pon stop minum, nak kaji laa konon kan apa yg ada dalam botol air tue tau. Pastu kan, aku mcm tak puas hati tau. Sebab at first aku ingatkan ada semut ke apa kan. Tapi takde! So, aku dah bengang, aku buang laa semua air aku tadi. Then aku tengok kat bottom bottle air tue. Mcm ada something. So, aku pon ambik laa tisu and lap bottom bottle air tue. Nak tau result dia apa?????


TUE DIAAAA!!!! ADA LUMUT WEHHHH KAT DALAM BOTOL AIR AKU!!!!!!
EWWWWWW!

Geli gila okay. Tiba tiba aku teros membayangkan segala jenis bakteria berterbangan masok dalam perot aku bersama sama air yang aku minum. Ewwwwww! Patot laa perot aku makin boncit weh skang. Demmmm! 

Moral of the story, air mineral pon belum tentu dari source yang bersih. Dan, sentiasa basuh bekas botol air anda. Jangannnnnnn biarkan semalaman baru nak basuh!



SELAMAT HARI GURU

Salam readers,

What date is today readers? It's 16th May!!!! *erk! Apa ada dengan 16th May eh? Garuk kepala sikit* Well, time sekolah dulu, students selalu tunggu 16th May. Nak tau sebab apaaa? Ada concert dowh kat sekolah! Tiap tiap tahun mesti ada concert laa, drama laa, choir laa. *hissssshhhh! Bgtau laa sebab apa ada pesta Jom Heboh nie semua!* Okaaaayyyyy! It's Teacher's Day ya'll! Happy Teacher's Day for all teachers around the world. Thanks to my first teacher ever, Mummy and Abah. Happy Teacher's Day for teachers at Methodist Girl School Brickfields, SM Bukit Bandaraya, SMK Rantau Panjang, SMK Sungai Kapar Indah dan jugak to all lecturers yang penah mengajar sy dekat UiTM Kuala Terengganu. Without all of these people, sy mungkin tak pandai membaca ABC, mengira 123. Alhamdulillah, kerana mereka, I am what I am now :)

Ada few names cikgu cikgu dekat sekolah dulu yang saya ingat.
Ustazah Safilah, Cikgu Mashitah, Cikgu Yati, Cikgu Arbaiyah, Cikgu Tuminah, Cikgu Salmiah, Pn. Ghaziah, Tice Shoba, Tice Anne. Nie semua cikgu cikgu time dekat MGS dulu.

Dekat SMBB paling ingat is Cikgu Norizan. Dia ajar BM. Then Cikgu Maziah *selalu gila tido time class dia dulu* Lepas tue Pn. Ong, cikgu Geo sy. *slalu lawan dia kot, penyebab geo dpt C dulu. HAHA*

Lepas tue dekat SMKRP, Cikgu Latifah, Cikgu Sabariah, Cikgu Kamariah, Cikgu Aritini, Tice Ayu, Tice Winnie, Ustazah Syikin.

SMKSKI pulak, Cikgu Hanafi, Cikgu Tengku Ayati. *maaf, hanya ingat dua nama je. Sbb sekolah kat situ pon setahun je*

UiTM KT, Miss Lida, Miss Ira, Pn. Rajmi, Pn. Fida, Pn. Fini, Pn. Mimi, SIR AMIR!!! *paling rindu weh!* Pastue En. Kamal, Miss Math *maaf tak igt nama, tp sbb dia Math kte dapat A* Banyak weh nama dah lupa. Boleh? Baru habis setahun dah tak ingat. HAHA.

Okay laa, apa apa pun, tanpa cikgu cikgu nie semua, siapa laa kite kan? And, special thanks to guru agama sy, Arwah Nenek Ngaji. Kerana dia, sy pandai baca Alif, Ba, Ta. Moga roh dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn.



Monday, May 14, 2012

SEBAB

Salam readers,

Monday blue? Haha. Kenapa Monday je mesti nak blues bagai laa apa eh? Hari lain mmg tak boleh eh? Lantak laa. Bukan aku nak cerita pasal nie pon. Actually, aku nak cerita pasal topik kat MHI pagi tadi. It's about KAHWIN LAMBAT. Well, aku pernah point out pasal topik nie, few weeks back. Lagipon, kalau tak silap aku, dalam akhbar mana ntah yang aku baca, dorang declare yg, 2.5 juta rakyat Malaysia yang belom berkahwin. Helloooooooooo? Nak jadi Singaporean ke apa? Ke American? Sbb ramai tak kahwin. Macamnie laa, aku ada few cousins yang still tak kahwin sampai sekarang even umur nak dekat 30 tahun pon. Nak kata dorang nie tak mampu, like hellooooooo, rumah kereta semua dah ada okay. Tinggal cari life partner je. Aku tak ambik port sangat kenapa cousins aku nie semua tak kahwin lagi. Yang aku tau, bila tiap kali Hari Jadi Raya, makcik-makcik aku akan sibok tanya, "Haaaa, yg korang nie bila nak langsung?" *Langsong membawa maksud kahwin* Dan, yang paling slalu aku dengar is BELUM ADA JODOH. Pastue, makcik-makcik aku nie dengan selamba je cantas, "Memilih sangat letewwww!" Eh, eh. Aku yg dengar pon agak panas telinga laa bagi pihak cousins aku tue. Ikot survey yang MHI buat pagi tadi, most of them akan jawab, kewangan. Aku paling sokong yang nie. Korang mesti penah tengok cerita Bujang Lapok kan? Meh aku bagi korang ingat dialog nie, "Dulu mak kau mintak 5000, aku tak cukup duit, aku pinjam ceti. Sampai sekarang, anak dah 3, hutang ceti pon aku belum habis bayar!" Nowadays orang dah tak pinjam ceti, orang pinjam bank sekarang. Paling worst, carik along along tak bertauliah nie mintak pinjam. Those yg pinjam dengan bank, maximum pinjam sampai RM50K. Payment will take up to 20 years tau tak?! Itupon kalau payment cantik. Kang kalau ada lubang sana sini, silap hari bulan, sampai tutup mata sok, pon tak settle lagi hutang dengan bank. End up, BANKRUPTCY! Nak??

Eh korang, nowadays kenduri kahwin, kalau takde 50-100 ribu, tak payah laa weh. Nak tema tue laa, baju tukar 4-5 pasang laa, kang nak kena sponsor tok, nenek,mak,ayah, pak ngah,mak ngah,kak teh, cik pah semua laa yg tak tersenarai kat sini. Kang ada terlepas pandang, mula laa nak sentap sampai 3 keturunan. HADOIIII! Tak masok lagi pelamin, mak andam, pak andam, goody bags, bunga telur, hantaran, kad kahwin semua tue. Hoiiii! Sakit kepala laaaaaaa! *cehhhh, macam aku nak kahwin esok je* Senarai guests kalau tak sampai 1000-2000 tak sah. Belum masok VVIP laa, Menteri apa bagai laa. BOSANNNN blh? Korang tau tak, paling murah laa buffet utk makan *utk yg sedap* is RM10? Cuba korang selesaikan soalan matematik nie. Kalau guests smpai 1500X10=15 000 utk makan je tau. Cube kali pulak dengan harga khemah. Satu khemah, 200-300. Nak buat smpai 15 khemah. 300X15= 4500. Itu tak campur dengan sewa PA system laa, apa laa. Cameraman semua tue? Mak aiiiii! Gugur dowh bulu ketiak fikir! Kang kalau buat kenduri ala kadar, kata dah mngandung laa, kena tngkap dgn JAIS laa, itu laa, ini laa. HOIIII, JANGAN TYPICAL MELAYU SANGAT BOLEH? Yang wajib apa kawan2? IJAB dan QABUL je okay. Buat kenduri doa selamat dah cukup bagus nak bagi tetamu datang makan tau. Haiyoooo. Minded kau jah, pleaseeeee laaaa!

So, aku rasa aku dah paham kenapa orang kahwin lambat. Sebab dengan adanya benda-benda yang menyusahkan nie semua. Cuba buat ikot kemampuan. Tak payah sampai nak pinjam bank bagai. Disiplinkan diri dengan MENABUNG. Tak banyak, sebulan seratus pon ckup laa. Pastue korang target nak kahwin umur berapa. So, katakan laa kan, lagi 5 tahun dari sekarang. 1bulan = 100, setahun = 1200, 5 tahun = 6000. Kang kalau korang ada rezeki lebih, dapat bonus ke apa ke kan, topup sikit dalam tabungan korang tue. And, jangan lupa MELABUR utk masa depan jugak. Contohnya, korang ambik laa ASB yang ala-ala public mutual tue. Monthly bayar laa RM100-150. Every year korang akan dapat pulangan dividen. Banyak cara nak buat simpanan nie. Nak dengan tanak je kan?

Satu lagi, time MHI pagi tadi tue, ada laa sorang mamat nie call tau. Dia umur dah 28 thun. Tapi still tak kahwin lagi. Dia dah ada calon. Tapi ada satu benda yang merunsingkan mamat nie. Parents perempuan tue mintak hantaran RM20K sebab anak dia ada Master. WTH? Patut laa lelaki-lelaki bujang sekarang nie carik budak baru habis SPM ajak kahwin. Hantaran murah kot. =.=' Kalau rate Master 20K, so rate Dip macam aku nie 10K laa kan? Then Degree 15K. Bagos laa calculation makcik tue utk anak dia kan. Abah cakap, dah kalau anak kau bercinta dengan mamat ada SPM je kan, sah sah laa dia tak mampu nak kumpul sampai 20K kan? Lain laa kalau mak bapak dia memang jenis org kaya kaya takpe laa.

Last but not least, commitment dengan family and kerja. Tau laa org sekarang kan, bukan lelaki je jenis workholic kan. Perempuan pon sama. Contoh macam aku. Kerja Isnin smpai Ahad mcm Nepal. Haa, mana laa nak sempat pergi dating bagai semua tue kan. Bukan setakat nak dating, nak carik sorang ajak teman tengok wayang pon belum tentu ada. Belum part time message tetibe tetido lagi. Kang sentap mentap kang, sape nak ada masa nak pujuk kan? Plus commitment dengan family. Anak sulung perempuan dengan anak sulung lelaki lain beb! Aku tau laa. Aku tengah rasa skang nie. Tue yang kerja 7 hari seminggu + part time sana sini tue. Nawaitu nak tolong keluarga dulu, baru bagi senang diri sendiri.

Aku kadang-kadang menyampah nak ikot mummy ngn abah pergi kenduri kahwin sedara mara sebab selalu sangat dorang tanya, "Kau bila lagi?" Dengan selambe je aku jawab, "I muda lagi u olls, baru 23 okay!" Paling aku hangin bila ada yang cakap, "Jangan memilih sangat, kang tak laku." Hadoiii. Lantak laa cakap apa pon. Yang penting, mummy abah tau dengan siapa aku keluar, apa aku buat. *walaupun mummy sedikit risau aku mcm org separuh siap* HAHA.

So, tepok dada, tanya selera. Pada aku takde masalah nak kahwin lambat ke cepat. Cukup serba serbi, nak tunggu apa lagi kan? Cuma planning lepas kahwin tue yang paling penting. Kahwin bukan utk sehari dua u olls. Tamau laa nnt hutang bank tak habis bayar lagi, dah bercerai berai. Tak syok kan? Bergegar tiang Arasy. Ingat, perkara halal yang paling Allah murka is Bercerai. So, jangan fikir apa akan jadi hari ini. Fikir apa akan jadi nanti. Renung-renugkan. :)

Ikhlas,
mawar~

Wednesday, May 9, 2012

Ibu Ku, Dunia Ku

Salam readers,

Nak share satu benda best pasal bulan May nie dengan semua. Bulan May nie ada Mother's Day, ada Teachers Day and ada Birthday few of my family and friends. Semalam, sebelum pergi kerja, dah menjadi kebiasaan aku utk tengok MHI tiap-tiap pagi. So, time nak siap-siap tue kan, ada laa aku terdengar pasal satu contest anjuran Wanita Hari Ini for Mother's Day nie. So, aku pon survey laa. Hasil yang aku jumpa:

Ini borang peraduan. Korang dikehendaki daftar dulu semua maklumat peribadi korang dekat sini.


Make sure korang baca dulu terms and conditions eh before korang join contest nie.

Nampak tak yang aku bulatkan tue? Itu utk korang upload gambar korang dengan mak/ibu/umi/mama/mummy korang yang looks alike dengan korang

Yang aku bulatkan tue pulak, utk korang cerita pasal Kelakuan Ibu Yang Pertama Korang Tiru. Make sure tak lebih dari 100 patah perkataan okay.

Lepas tue, korang kena click dengan yang aku bulatkan tue.

Last sekali korang tekan je "Submit" tue.  Terus dihantar :)

***Untuk maklumat korang, peraduan nie tamat esok tau, 10 May 2012. So, cepattttttt! Aku dah hantar cerita aku bersama gambar mother and daughter look alike. Ada rezeki, blh laa mencapap dekat Wanita Hari Ini nanti :)

So, inilah gambar yang aku hantar utk peraduan di atas. Doakan aku eh? Eh? :)

Okay, till then. Selamat bertanding! Salam.

xoxo~



Tuesday, May 8, 2012

MOMENTS

Salam readers,

Harinie kte rasa macam nak sentimental + jiwang karat sikit. If you ask me, rindu tak dekat family? Kite akan jawab, TAK! Sebab? Kite kan hari hari skang jumpa family kite. Mana ada rasa rindu rindu. Tengahari je mesti balik makan dengan adik kite kat Kedai Nasi Ayam Yassin *serius nasik ayam dia sedap gilaaaaa* So, mana laa kite nak rindu kan. Dah lama dah tak rasa home sick bagai nie. Dulu time belajar, weekend pon sanggup balik tau. Rindu punya pasal. Kite mungkin tak rindu family kite, tapi kite rindu every moments that we had shared together. Itu paling kite rindu. So, ini semua moments yang kite palinggggggggg rinduuuuuu. Enjoyyyyy!

*everything i did, it is all for you, dear Mummy and Abah*

*cinta hati kite sampai bila bila*

*this is once upon a time :) *

*i wouldn't be here without both of them*

*they're my heart and soul*

*sahabat platonik kite*

*atieku yg sgt pot pet pot pet*

*rinduuuuuuu eminnnn*

*my angles*

*kekasih kite*

*classmates*

*Classmates*

*my angels*

*rindu dia*

*rindu rambut panjang kite dgn budak yg susuk selalu kuar tue :P *

*rindu sangat2 dekat kutieeeeeeeeeeeeeee*
*sosej sedap nie hanya blh didapati di rantau panjang, kelantan*

*mesra mall, dungun*


*Alhamdulillah, mak kite nangis2 tgk kite naik stage time tue*


See, kite memang betol2 rindu all those moments. Kata org, a picture, tells thousands of story. Hidup ini indah :). Appreciates everything and whoever around you. We can be in the same situation once again, but, the first feeling wouldn't be the same. Kan?

Till then.

Salam.