Monday, May 21, 2012

HUJUNG MINGGU

Salam readers,

Selamat pagi Isnin. Yes, aku sedang Monday blues skang nie. Sumpah mata aku tak larat nak bukak. =.=
Aku melalui hujung minggu yang memenatkan, yet, very satisfying! Ini serius. Sebab itu mata sepet ini malas hendak dibuka pagi tadi. Nasib baik semangat wanita tabah ini kuat. Eceececewaaaahhh!! Klang-PD-Klang-Shah Alam-Klang-PD-Seremban-Klang-Shah Alam-Klang. Tabah gila aku mengharungi. Hihihi

Jumaat, 18 May 2012
Okay, cerita bermula begini. Tepat jam 3:45 petang Jumaat, aku dapat panggilan telefon daripada atok di kampong. Menyampaikan berita sedih. Atok saudara aku meninggal. Innalillah hi wainnalillah hi rajiun. So, around 4 aku teros emergency balik rumah, amik adik and tggu dear parents n angah dekat rumah. Lepas siap siap semua, teros straight balik PD. Lepas dah balik dari kubur semua, mandi2, makan then tidor.

Sabtu, 19 May 2012
Lepas tue next day, pagi gilaaaaaaa aku bangun sebab nak balik Klang balik. Angah si gedik masok kerja pukul 10 pagi. Tepat 10:05 pagi, aku selamat sampai dekat pagar depan tempat kerja dia. Memandangkan aku tinggal berseorangan sepanjang hari tue, dan perot yang lapar mintak di isik, aku pon dengan tak tau malu, pergi melawat wanie dan emaknya di rumah tengah hari itu. Yesss! Mak dia pelawa makan tengahari kat umah. Kah kah kah! Lepas tue, aku dan wanie pon berangkat laa ke Jusco Bandar Baru Klang utk mencari hadiah kahwin utk Elly, kawan kami yang akan bernikah pada malam nnt. Pusing punya pusing, kami pon jumpa laa set pinggan mangkuk utk dijadikan hadiah kahwin mereka. *orang baru kahwin kan mmg collect hadiah pinggan mangkuk bagai nie* Aku dengan wanie penat penat angkat set berat itu, lepas tue mendapat panggilan dari maz dan shila utk bahagikan 4 nama utk hadiah kahwin itu. Pemalas! Penat tau pikul barang tue. Tsk!

Masa yang ditunggu akhirnya tiba ya'lls. Kaki aku teros menekan pedal minyak utk ke UiTM Shah Alam bagi menghadiri convocation En. MNK. Berpeluh okay jalan kaki dari padang kawad tue nak pergi dewan agung apa ntah tue. Phewww! *Kesat peluh, kibas2 rambut* Lepas tue, aku dah rambang mata nak pilih bunga bear apa bagai laa semua tue. Strategy dorang buat marketing sangat memeningkan kepala aku. Bila aku dah bengang mencarik, aku pon cakap kat akak kedai tue macamnie, "Kak, sy carik bunga + bear utk hubungan yg complicated. Ada jual tak?" Haaaa, hambek kau. Aku sorang je pelanggan yang straight forward camnie okay. Sekali kan, akak tue jawab, "Yang nie paling sesuai dik! Bunga ros ada satu je kat tengah. Memang complicated habis dah yang nie dik." HAHAHA. Okay kak, strategik kau memang menjadi sampai aku terpedaya sekali.

Seriously panas gilaaaaaaa tunggu kat bawah khemah tue eh. *Dulu time aku convo, dok dalam dewan, ada air cond, hik hik* Tunggu punya tunggu, finally, HABIS jugak sidang dorang tue. Teros grab hp, tunggu En. MNK dekat tepi pintu dewan tue. And, TADAAAAAAAAA! Happy Graduation MNK! Muah muah, pelok cium bagai depan orang ramai tue semua. *Okay AKU TIPU JE! Takde adegan 18SX berlaku* Tapiiiiii, *jap nak kesat air mata sikit* hmmmm. Tak nak cerita laa. Biar jadi rahsia kami :)

Lepas tue, teros balik. Hantar wanie balik, aku pon teros balik umah, iron baju bagai nak attend wedding Elly pulak malam nie. Dress angah tersarung elok dekat badan aku yang gedempol ini *Thanks Angah!* Time time wedding nie laa nak jumpa kawan kawan time sekolah dulu. Duda aku time sekolah dulu pon jumpa jugak. HAHA. Itu semua KENANGAN okay. Lepas tue teros angkot teman teman sekelas aku nie pergi ambik angah balik dari kerja. Jadik kerja kan aku mengangkut budak budak nie semua teman aku pergi ambik angah. Dah lepas hantar dorang balik semua, aku and angah pon teros laa balik rumah. Time aku rasa urat badan aku dah longgar habis. Mengantokkkkkk gilaaaaaaa! Letak je kepala, hambik kau! Pagi esok baru aku jaga.

Ahad, 20 May 2012
Bangun je pagi tue, teros siap2 kejut angah and hantar dia pergi kerja. *Aku kakak mithali, aku dah tau dah* Lepas tue, teros je aku memecut laju meninggalkan klang dan teros ke PD pulak. Sampai PD je, dorang semua dah siap nak pergi kenduri dekat Seremban pulak. *kazen kite kahwin* Dah sampai2 kenduri tue, makan makan, aku teros mintak diri nak balik. Tak boleh tunggu lama dah nie. MNK kata, bus dia pukul 5:30 ptg. Jam skang, 3:15 petang. Terbaik weh. Sampai je umah pukul 4:45 petang tue, aku teros pecut pergi Seksyen 16 jumpa MNK dekat sana pulak. Pelok cium bagai lagi ktorang dekat tengah ramai orang tue. *OKAY, AKU TIPU LAGI SEKALI* Then teros balik Klang balik. Sampai je umah, mummy dah siap buat air utk minum petang. Terbaikkkkk! Lepas jek magrib, kawalan mata aku dah bawah takat sedar dah. Teros laa tidor, then bangun, makan, mandi, tido balik.

Yes, it was a veryyyyyyyyyyyyy long weekend i had. But, it is really satisfying. Terima kasih utk semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjadikan hujung minggu sangat bermakna utk aku :)

Ketemu lagi di lain masa. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment