Monday, May 14, 2012

SEBAB

Salam readers,

Monday blue? Haha. Kenapa Monday je mesti nak blues bagai laa apa eh? Hari lain mmg tak boleh eh? Lantak laa. Bukan aku nak cerita pasal nie pon. Actually, aku nak cerita pasal topik kat MHI pagi tadi. It's about KAHWIN LAMBAT. Well, aku pernah point out pasal topik nie, few weeks back. Lagipon, kalau tak silap aku, dalam akhbar mana ntah yang aku baca, dorang declare yg, 2.5 juta rakyat Malaysia yang belom berkahwin. Helloooooooooo? Nak jadi Singaporean ke apa? Ke American? Sbb ramai tak kahwin. Macamnie laa, aku ada few cousins yang still tak kahwin sampai sekarang even umur nak dekat 30 tahun pon. Nak kata dorang nie tak mampu, like hellooooooo, rumah kereta semua dah ada okay. Tinggal cari life partner je. Aku tak ambik port sangat kenapa cousins aku nie semua tak kahwin lagi. Yang aku tau, bila tiap kali Hari Jadi Raya, makcik-makcik aku akan sibok tanya, "Haaaa, yg korang nie bila nak langsung?" *Langsong membawa maksud kahwin* Dan, yang paling slalu aku dengar is BELUM ADA JODOH. Pastue, makcik-makcik aku nie dengan selamba je cantas, "Memilih sangat letewwww!" Eh, eh. Aku yg dengar pon agak panas telinga laa bagi pihak cousins aku tue. Ikot survey yang MHI buat pagi tadi, most of them akan jawab, kewangan. Aku paling sokong yang nie. Korang mesti penah tengok cerita Bujang Lapok kan? Meh aku bagi korang ingat dialog nie, "Dulu mak kau mintak 5000, aku tak cukup duit, aku pinjam ceti. Sampai sekarang, anak dah 3, hutang ceti pon aku belum habis bayar!" Nowadays orang dah tak pinjam ceti, orang pinjam bank sekarang. Paling worst, carik along along tak bertauliah nie mintak pinjam. Those yg pinjam dengan bank, maximum pinjam sampai RM50K. Payment will take up to 20 years tau tak?! Itupon kalau payment cantik. Kang kalau ada lubang sana sini, silap hari bulan, sampai tutup mata sok, pon tak settle lagi hutang dengan bank. End up, BANKRUPTCY! Nak??

Eh korang, nowadays kenduri kahwin, kalau takde 50-100 ribu, tak payah laa weh. Nak tema tue laa, baju tukar 4-5 pasang laa, kang nak kena sponsor tok, nenek,mak,ayah, pak ngah,mak ngah,kak teh, cik pah semua laa yg tak tersenarai kat sini. Kang ada terlepas pandang, mula laa nak sentap sampai 3 keturunan. HADOIIII! Tak masok lagi pelamin, mak andam, pak andam, goody bags, bunga telur, hantaran, kad kahwin semua tue. Hoiiii! Sakit kepala laaaaaaa! *cehhhh, macam aku nak kahwin esok je* Senarai guests kalau tak sampai 1000-2000 tak sah. Belum masok VVIP laa, Menteri apa bagai laa. BOSANNNN blh? Korang tau tak, paling murah laa buffet utk makan *utk yg sedap* is RM10? Cuba korang selesaikan soalan matematik nie. Kalau guests smpai 1500X10=15 000 utk makan je tau. Cube kali pulak dengan harga khemah. Satu khemah, 200-300. Nak buat smpai 15 khemah. 300X15= 4500. Itu tak campur dengan sewa PA system laa, apa laa. Cameraman semua tue? Mak aiiiii! Gugur dowh bulu ketiak fikir! Kang kalau buat kenduri ala kadar, kata dah mngandung laa, kena tngkap dgn JAIS laa, itu laa, ini laa. HOIIII, JANGAN TYPICAL MELAYU SANGAT BOLEH? Yang wajib apa kawan2? IJAB dan QABUL je okay. Buat kenduri doa selamat dah cukup bagus nak bagi tetamu datang makan tau. Haiyoooo. Minded kau jah, pleaseeeee laaaa!

So, aku rasa aku dah paham kenapa orang kahwin lambat. Sebab dengan adanya benda-benda yang menyusahkan nie semua. Cuba buat ikot kemampuan. Tak payah sampai nak pinjam bank bagai. Disiplinkan diri dengan MENABUNG. Tak banyak, sebulan seratus pon ckup laa. Pastue korang target nak kahwin umur berapa. So, katakan laa kan, lagi 5 tahun dari sekarang. 1bulan = 100, setahun = 1200, 5 tahun = 6000. Kang kalau korang ada rezeki lebih, dapat bonus ke apa ke kan, topup sikit dalam tabungan korang tue. And, jangan lupa MELABUR utk masa depan jugak. Contohnya, korang ambik laa ASB yang ala-ala public mutual tue. Monthly bayar laa RM100-150. Every year korang akan dapat pulangan dividen. Banyak cara nak buat simpanan nie. Nak dengan tanak je kan?

Satu lagi, time MHI pagi tadi tue, ada laa sorang mamat nie call tau. Dia umur dah 28 thun. Tapi still tak kahwin lagi. Dia dah ada calon. Tapi ada satu benda yang merunsingkan mamat nie. Parents perempuan tue mintak hantaran RM20K sebab anak dia ada Master. WTH? Patut laa lelaki-lelaki bujang sekarang nie carik budak baru habis SPM ajak kahwin. Hantaran murah kot. =.=' Kalau rate Master 20K, so rate Dip macam aku nie 10K laa kan? Then Degree 15K. Bagos laa calculation makcik tue utk anak dia kan. Abah cakap, dah kalau anak kau bercinta dengan mamat ada SPM je kan, sah sah laa dia tak mampu nak kumpul sampai 20K kan? Lain laa kalau mak bapak dia memang jenis org kaya kaya takpe laa.

Last but not least, commitment dengan family and kerja. Tau laa org sekarang kan, bukan lelaki je jenis workholic kan. Perempuan pon sama. Contoh macam aku. Kerja Isnin smpai Ahad mcm Nepal. Haa, mana laa nak sempat pergi dating bagai semua tue kan. Bukan setakat nak dating, nak carik sorang ajak teman tengok wayang pon belum tentu ada. Belum part time message tetibe tetido lagi. Kang sentap mentap kang, sape nak ada masa nak pujuk kan? Plus commitment dengan family. Anak sulung perempuan dengan anak sulung lelaki lain beb! Aku tau laa. Aku tengah rasa skang nie. Tue yang kerja 7 hari seminggu + part time sana sini tue. Nawaitu nak tolong keluarga dulu, baru bagi senang diri sendiri.

Aku kadang-kadang menyampah nak ikot mummy ngn abah pergi kenduri kahwin sedara mara sebab selalu sangat dorang tanya, "Kau bila lagi?" Dengan selambe je aku jawab, "I muda lagi u olls, baru 23 okay!" Paling aku hangin bila ada yang cakap, "Jangan memilih sangat, kang tak laku." Hadoiii. Lantak laa cakap apa pon. Yang penting, mummy abah tau dengan siapa aku keluar, apa aku buat. *walaupun mummy sedikit risau aku mcm org separuh siap* HAHA.

So, tepok dada, tanya selera. Pada aku takde masalah nak kahwin lambat ke cepat. Cukup serba serbi, nak tunggu apa lagi kan? Cuma planning lepas kahwin tue yang paling penting. Kahwin bukan utk sehari dua u olls. Tamau laa nnt hutang bank tak habis bayar lagi, dah bercerai berai. Tak syok kan? Bergegar tiang Arasy. Ingat, perkara halal yang paling Allah murka is Bercerai. So, jangan fikir apa akan jadi hari ini. Fikir apa akan jadi nanti. Renung-renugkan. :)

Ikhlas,
mawar~

No comments:

Post a Comment