Thursday, June 28, 2012

LAMPU ISYARAT KENDERAAN

Dear readers, **acah mcm ramai gila baca blog aku**

Okay, sebenarnya kan, tajuk entry nie dah lama berlegar legar dalam kepala aku. And baru hari nie aku dapat semangat juang yang tinggi untuk merekodkannya. Hambekk. Ayat budget OMT167 time study dulu. Sesentappp!

Di ringkaskan cerita, aku betul2 tak faham apa sebenarnya fungsi lampu isyarat kenderaan yang ada dekat kereta korang korang dan korang tue. Ke, time korang beli kereta dulu, itu semua hanya laa sebahagian dari aksesori kenderaan korang dulu? Kalau korang anggap macam tue, aku rasa, kau patot cakap mcm nie dekat mamat salesman tue dulu:

"bro, sy rasa, signal sy nak beli asing2 laa. Nanti bila perlu baru sy pasang."

Betol tak? Kalau korang anggap fungsi dia mcm tue, then, patotnya korang keluarkan bila tiap kali nak masok simpang, and kuarkan bila dah tak perlu. Simple kan? Seriously aku betul2 tak faham KENAPA PEMANDU2 TAK RETI NAK BAGI SIGNAL? Kan mcm aku kata tadi, kalau tanak guna, ataupun tak reti nak guna, CABUT DAN BUANG je. Macam tak laa semak mata org lain tengok benda tue ada dekat situ, tapi tak reti guna kan?

Lepas tue kan, pengguna pengguna kereta mat salleh Eropah nie semua, budget real2 gak laa kan? Tau laa kete kau besar, tapi signal tak reti nak guna, macam tak perlu ada kan signal tue kat situ? Sekali lagi aku repeat, kalau rasa tanak guna, SILA CABUT DAN BUANG. And, bila korang kena tahan dengan Polis ke, JPJ ke kan, korang cakap macam nie tau:

"jap bang, sy nak pasang signal sy balik."

Kalau korang tak menyusahkan orang lain, aku tak laa bother sgt tau. Tapi aku paling sakit hati, bila aku dekat simpang, kereta lain tengah slow, which aku tak tau either kau nak masok simpang ke tak. Then, dengan selamber je kau boleh belok stereng kau masok simpang. Time tue der, kalau kau depan muka aku, dengan selamber gak laa aku tumbok kau. Pastue bila kau tanye kenapa, meh aku jawab camnie:

"eh bro, signal lu bukan aksesori ke? wa tak nmpak bro lu bagi signal tadi."

So, bila aku jawab macam nie, sila jangan marah laa eh. Seriously, tahap bengang aku dengan pemandu jenis jenis nie dah sampai petala ke 7. Aku cadangkan laa, next time time korang beli kereta, tak payah beli signal sekali eh? Beli bila nak guna je. Kalau tak, tak payah. As simple as ABC. Faham?

And for those pemilik kenderaan mewah segala tue, sikit pon aku tak jealous ke apa. Tapi sayang laa kan, duit mahal2 beli kereta segala, konon kau laa Orang Kaya Baru dalam kampung, tapi, education level kau ZERO. Penat je belajar tinggi2, mampu pakai mewah, tapi, akal takde. Sorry. Maaf. Keterlanjuran bahasa sikit ye. Sebab dah tak tau nak guna kempen apa dah utk jenis orang2 yang macam nie. \

Sekian, segmen bebelan utk hari ini. Terima kasih kerana membaca. Moga anda tidak tergolong dalam kumpulan manusia yang macam nie.



Thursday, June 21, 2012

BAIK, TAPI TIDAK BOLEH

Dia baik. Sangat baik. Serba serbi terserlah kebaikkan dia. Tapi, takkan ada manusia yang sempurna bukan.
Mencuba habis daya untuk sama sama suka.
Tapi, lain di mulut, lain pula di hati.
Haiiiii. Penat laaa.
Otak, mulut dan hati tak bekerjasama.
Masih boleh mencuba jika perlu.
Masa masa dan masa.
Sila ambil alih ruang masa.

Bila otak, mulut dan hati bekerjasama,
Hanya tunggu saat itu tiba.

Till then.
xoxo~

Monday, June 18, 2012

HOSPITAL KERAJAAN VS HOSPITAL SWASTA

Situasi sekarang adalah aku sedang menunggu giliran mummy habis dirawat di wad emergency SDMC. Kenapa memilih hospital swasta jemah? Banyak duit mak bapak kau? Oh tidakkkk! Jawapannya adalah mak bapak sy tidak byk duit. Company mereka yg banyak duit menanggung kos perubatan kami sekeluarga. Adik adik, cepat cakap terima kasih dekat MIDF dengan Oxford Fajar.

Al kisahnya, waktu aku belajar dekat terengganu dulu, mak ayah aku sangat sangat laa risaunya sebab takot dekat sana takde panel yang boleh cover if anything happen to aku dekat sana. Which is, memang takde! So, selalunya, sebelum balik sana, mummy akan sediakan segala macam ubat ubatan dan jugak vitamin segala utk kegunaan aku sepanjang pengajian. Terima kasih lagi MIDF kerana memberi peluang itu.

Tetapi, kusangka kan panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengahari. Walaupon segala ubat ubatan yg mummy bekalkan mencukupi, aku tetap dikerjakan ke Hospital Tengku Ampuan Zahirah, KT kerana diserang asthma. MC dari hospital kerajaan je laku u ollss kalau belajar kat local uni. Ada faham? Kau bayar beribu riban pon, MC kau tak laku. HAHA. Padan muka. Tetapi, kisahnya di sini, bertapa berjam jam jam jam jam aku terpaksa tunggu utk dapatkan perkhidmatan bila di hospital kerajaan. Aku tak salahkan mereka kerana memang ramai orang yang tak berkemampuan. Dan dengan adanya hospital kerajaan nie laa dorang boleh dapat kan perubatan.

Lagipon, waktu ada kemalangan bagai ke kan yang korang selalu dengar kat tv tue, ambulance confirm akan hantar dekat General Hospital okay. Lagipon, semua orang tau, the best specialist sebenarnya ada dekat General Hospital. Cumaaaaa, yang letih dengan hospital kerajaan nie is korang kena tunggu berjam jam jam jam je. Kenapa? Kerana, rakyat Malaysia bukan korang je tau. Berjuta lagi. So, standard laa kan kalau kena tunggu berjam jam jam jam kan?

Hospital swasta punya layanan memang laa super awesome. Kiranya, kalau korang masok wad, dah sama macam korang check in hotel 5 bintang. So, apa expectation korang bila dekat hotel 5 bintang? Mesti laa serba serbi kena awesome kan? Tapiiiiiii, disebabkan ke-awesome-an yang korang harapkan tue, berapa banyak yang korang kena bayar? Duduk wad 5 bintang, bayar pon kena laa harga 5 bintang kan?

Pergi General Hospital, pendaftaran bayar RM1 je u olls. Pegi swasta tengokkkkk. Selambe je duit korang seratus dua terbang macam tue je.

So, in a conclusion, walaupun hospital kerajaan nie orang kutuk macam2, tapi, sebenarnya, dah terlalu banyak dah kemudahan yang diberikan utk kegunaan semua. Plus, kalau dorang kata nurse kat hospital kerajaan nie semua garang2, sebabnya mesti laa dorang penat. Bukan korang je rakyat Malaysia yang nak bantuan perubatan tau. Ramai lagi u olls.

Till then. :)

Thursday, June 14, 2012

JANJI JUJUR SEPI

Salam,

Pagi yang awesome! Serius. Cuaca sejuk. Lama tak rasa sejuk macam nie semenjak Klang dilanda summer seperti di Florida. Florida lagi? Kenapa? Tak tau. Okay. Dah habis merepek.

Malam semalam aku berkesempatan tengok drama kat tv9. Lakonan mantap Beto Khusairy. Serius aku suka lakonan dia weh. Aura dia awesome macam Bront Palarae. Drama tue ada Neelofa jugak. **Sorry Lofa, i guess u really need to work on your acting. Ini serius.** And also ada Izreen apa ntah nama pompuan tue. Tapi awesome gak laa dia berlakon. Penah laa tengok few drama dia before this.

Well, aku bukan nak cerita pasal pelakon nie semua. Tapi aku nak cerita pasal drama tue itself. Cerita nie mengisahkan seorang budak yg bernama Danny, ditinggalkan oleh ibu dia dekat chow kit waktu dia kecik lagi. Mak dia janji nak datang balik ambik dia. Tapi, janji tinggal janji. Then, dia jadik budak gelandangan. Satu hari, dia jumpa sorang budak nama Joe. Joe pon anak yatim tapi dibesarkan oleh keluarga kaya. So, dorang pon bela laa Danny nie skali. Dorang kawan baik dari kecik sampai laa besar.

Then, Joe nie ada sorang awek. Nama dia Vee. Joe nie sayang gilaaaaaaa dengan Vee. Tapi, satu hari, dia tinggalkan Vee macam tue je. Danny pon tak tau mana Joe dah pergi. So, si Vee nie kira separuh diriku pergi laa bila Joe tinggalkan dia. Danny sebagai kawan yang sangat baik tolong laa tengokkan keadaan Vee yang berpatah arang berkerat rotan tue haaa. At the same time, Danny nie terjatoh cinta dekat sorang awek yang dia jumpa hari hari kat dalam train, tepat pukul 8:25 pagi. Dua bulan dia usya awek tue without failed. Pastue, satu hari dia berani kan diri tegor awek tue. Nama awek tue Dhia. So, lepas dari tue, dorang pon berkawan. *Awek tue lakonan Lofa which aku rasa dia tak awesome langsung =.='*

In a meantime, si Vee nie tak habis habis menangis menangis menangis. Frust kena tinggal sebab dulu bapak dia pon tinggalkan dia jugak. Sampai laa satu hari, dia ambik keputusan nak bunuh diri. Makan ubat tidor overdose. Nasib selamat, masok laa spital. Patue, si Danny nie rasa sangat bersalah dengan Vee sebab dia mungkir janji nak jaga Vee. So, Danny pon pergi laa carik Joe. Then jumpe laa dorang berdua tue. Dah bertumbuk bagai, baru laa Joe bagitau apa sebab dia tinggalkan Vee macam tue je. Rupa rupanya dia sakit nak mati dah. *Part nie aku sentap sikit* Pastue kan Joe bgtau kat Danny yang si Vee nie sebenarnya sayanggggg gilaaaa dekat Danny. Joe nie macam bertepok sebelah tangan laa jugak dengan Vee. Tapi sebab Joe sayannnnggggg gilaaaa dekat Vee, dia layan je laa.

Part nie aku paling sesentap bila Joe mintak Danny gantikan tempat dia utk sayang dekat Vee sama macam dia sayang dekat Vee. Danny dah ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Dekat hati dia hanya ada Dhia. Gila ke apa nak main passing baton macam tue je kan. Pastue, bila Danny teringat yang Joe yang selamatkan dia sebelum nie, dia pon janji dengan Joe utk ambik tempat Joe disisi Vee. So, Danny terpaksa lupakan Dhia and bagi happiness dekat Vee. Kesian kat Dhia tau. Hari hari tunggu Danny datang tengok Dhia. Hari berganti hari, Joe pon akhirnya pergi yang takkan kembali. Time nie lagi laa Danny rasa dia patot bertanggung jawab dekat Vee. So, dia lupakan teros Dhia.

Cerita belom tamat di sini. Lepas tue, satu hari, Danny realize yang dia tak boleh tipu hati dan perasaan dia. So, dia pergi carik Dhia balik. Bila Danny dengan Dhia, dia jadi lupa dengan semua janji dia towards arwah Joe and also Vee. Nak dijadikan cerita, satu hari dia terkantoi dengan Vee time dia hang out dengan Dhia. Time tue baru dia sedar sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Maka dia pon realise yang dia kena tunaikan janji janji dia. So, sekali lagi dia tinggalkan Dhia. Satu scene paling best bila dorang ada gaduh mulut. Sesentap aku weh dgn ayat dorang guna!

Danny dah janji dengan Vee yang dorang akan pergi Jepun and takkan balik sini lagi. And Dhia dibiarkan terkontang kanting. So, dalam dia tengah dilemma bagai tue, lepas dia solat dekat masjid, dia accident. Dua dua kempunan tak dapat si Danny. Vee pon akhirnya terima hakikat yang Danny sekali lagi mungkir janji, and dia teroskan jugak niat pergi jepun dengan mak dia. Dhia pun terima hakikat yang Danny mmg tinggalkan dia betol2 time nie.

Japppp. Belom habis lagi. Pastue, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, Dhia tetap teroskan hidup dia macam biasa selepas ketiadaan Danny. Then, tepat pukul 8:25 pagi, Danny naik train yang sama dengan Dhia. *Kalau aku gantikan tmpat Lofa, confirm aku blh berlakon lagi bagos dari dia time nie* Lofa actually dah ptong stim aku nak tangkap jiwang part nie. Serius. Carik pelakon lain!

At the end of the story, kite tau yang Danny is really meant for Dhia u olls. Sesentap! Kalau aku jadik Danny, confirm aku dalam dilemma gila bila nak kena buat pilihan bagai nie semua. Kalau Tiz Zaqyah yang jadi Dhia confirm aku tangkap leleh gak laa.

Conclusion, berapa banyak peribahasa ada dalam cerita di atas? Jeng jeng jeng!

Till then :)


Wednesday, June 13, 2012

STRESS

Salam,

Hmmm. Seriously, aku memang stress. Sangat sangat sangat stress! **Ada api keluar dekat kiri kanan kepala aku skang wei**

Atas meja tak macam meja dah. Tak percaya? Take a look.

Surat cinta berterabur di atas meja sebaik sahaja sampai pagi tadi

Keadaan tray yg sangat tidak terurus

Surat cinta semakin melambak lambak menjelang tengahari

Ketinggian menara di atas tray semakin melampau menjelang tengahari

Kesimpulannya, aku sangat sangat sangat stress dengan lambakan kerja yang tidak mengira waktu dan ketika ini. Perlukan dana untuk pergi bercuti. Sila derma. LOL



Tuesday, June 12, 2012

AWESOME PRODUCT #2

Selamat pagi Selasa!

Selepas aku membebel pasal Softan Eco Pack, harinie aku nak share satu lagi awesome product yang aku ada kat pasaran, which is, Vanish.

Untuk orang orang pengotor macam aku nie, yang suka kesat hingus sana sini, aku found out, Vanish nie sangat membantu aku. Yelaaa, pagi kesat hingus, petang main pasir, confirm laa kan baju baju kerja aku berdaki berkilo kilo kan?

Soooooo, ini laa Vanish yang banyak membantu aku sejak akhir akhir ini:



Terima kasih Vanish kerana membuatkan baju aku bersinar sinar seperti baru!
Ohsum!

Selamat mencuba :)

AWESOME PRODUCT #1

Salam readers,

Semalam kan kan kan. Aku pergi 99 Speedmart tau. Nak beli roti je asalnya. Tapi kan, aku macam terbeli Softlan Eco Pack yang dalam pek cantik tue gara gara aku terbau sesuatu yang harum sewaktu aku melintasi bahagian sabun bagai tue semua. Jadi, aku ibaratkan pertemuan aku dengan Soflan itu seperti sesuatu yang Awesome gilaaaa! Boleh?

Actually aku memang dah tertarik dengan Softlan Eco Pack yang baru nie since aku tengok iklan kat TV lagi. Budak tue super cute sampai menarik narik aku utk mendapatkannya. Plus, memang berbaloi baloi okay!

Nak tau sebab apa? Meh nak kepoh jap.


  1. Harga yang sangat sangat sangat murah. Which is RM4.60 je okay!
  2. Beli pack 500ml, end up korang dapat 2 liter. Ohsum kan?
  3. Superb wangi! Jimat weh minyak wangi aku.
  4. Ohsum lembut. Rasa nak tido teros lepas pakai baju yang dah ber Softlan nie.
  5. Ada pilihan 3 wangian which is semua harum harum belaka. Ecececeeh!
So, ini lah Softlan Eco Pack yang aku tengah membebel nie:




And, ini pulak video budak superb cute kat iklan tue haaaa.


So korang korang, apa tunggu lagi? Jom ramai ramai start guna Softlan Eco Pack sekarang! **Segment jom kira berapa banyak kata ganda ada?

Selamat mencuba!




Thursday, June 7, 2012

KEGILAAN

NAKKKKK!!!!





KEGILAAN BERTAMBAH TERHADAP LOAFERS SELEPAS LOAFERS PERTAMA SEDAP DIPAKAI DI KAKI.

Wednesday, June 6, 2012

PERASAN

Dear readers,

Menurut title entry di atas, akan aku ceritakan kejadian yang berlaku semalam ke atas diri ku yang perasan cantik ala ala Heroine Hindustan. Kenapa Hindustan? Sebab malam nie ada cerita Hum Tum kat TV2. Hambek kau! Okay okay, hentikan merepek ini semua. Semalam kan, kan, kite dapat call tau tau. **cuba kira berapa banyak kata ganda dalam ayat diatas?** Paling best kan, si pemanggil berkata begini kepada aku:

Si pemanggil: "Ini Cik Zarith Fateha?"
Si cantik menjawab: "Ya, sy Zarith Fateha"
Si pemanggil: "Cik Zarith, i've been informed that you're a loyal Perodua's customer."
Dalam hati si cantik, "A'aaa, mana tak loyal. Berapa banyak dah duit aku terbang bayar service dorang tue haaa!"
Si cantik menjawab: "Owh. I can say yes"
Si pemanggil: "As a reward from your loyalty, would you like to be shot in our new corporate video?"
Jappppp! Time nie aku sumpah rasa nak pitam. Dalam ramai2 pengguna Perodua, adakah aku antara yang bertuah??? Ouchh! Tampar pipi jap. Okay, ini reality.
Si cantik menjawab: "Owh! When is it?" ***TERUJA GILAAA NOKKK!
Si pemanggil: "It will be shot on 21st  to 23rd. I will get back to you to inform the place and time"
Si cantik menjawab: "Sure, thanks."

Haaaaa. Kau hadeee???? Hahaha. Nanti esok esok, kalau muka aku keluar kat commercial dorang, jangan lupa spot muka aku okay? Gituuu!

Ketemu lagi. :)

Tuesday, June 5, 2012

SUMMER IN MALAYSIA

Fuhhhhh! Berpeluh tau armpit aku time nak tulis entry nie. Standard kan bahasa aku? Menggunakan armpit instead of kecak ketiak. Okay, dah beberapa hari nie, aku merasakan cuaca di Malaysia, terutamanya di Klang umpama Summer di Florida. Kenapa Florida? Entah, macam sedap keluar dari hujung jari jemari. Meh nak share sikit nie utk korang korang dan korang tentang betapa Summer nya Malaysia skang nie u olls.


Haaaa, yang aku tolong circle kan tue is menunjukkan betapa taburan hujan dekat Malaysia sekarang semakin berkurang. So, utk korang kat luar sana tue, jangan ambik remeh isu nie. Time macam nie laa mula nak keluar segala penyakit. Sebab udara sangat kering. Penyebaran virus melalui udara cepat sangat berterbangan di udara. Kelassss explaination kau! Biology tingkatan 5 u ollsss. So, banyakkan minum air suam / mineral. Kurangkan pengambilan air yang berais. Rasa memang sedap, turun laju sampai ke kerongkong, tapiiiiiii, effect dia buat kulit korang semakin kering. Then, make sure korang kerap mandi. At least 3 kali sehari. **which is lately nie aku mandi 4-5 kali sehari** Nasib air kat Selangor nie murah u ollsss. For those yang bekerja office macam aku si kuli nie, kena laa rajin2 sapu losyen dekat jari jemari nie haaaa. Kering ok kulit i lately nie. Dannnnnn, kalau boleh and mesti pon, pakai payung if korang terdedah dekat tempat terbuka. UV rays kat Bumi skang nie tak macam zaman P. Ramlee dulu. Takde dah nak ber vitamin C ke D bagai. Skang direct sampai kulit, melecur! Tak, itu aku tipu je. 

Apa apa pon, selamat menjaga kesihatan anda sekeluarga. :)