Monday, June 18, 2012

HOSPITAL KERAJAAN VS HOSPITAL SWASTA

Situasi sekarang adalah aku sedang menunggu giliran mummy habis dirawat di wad emergency SDMC. Kenapa memilih hospital swasta jemah? Banyak duit mak bapak kau? Oh tidakkkk! Jawapannya adalah mak bapak sy tidak byk duit. Company mereka yg banyak duit menanggung kos perubatan kami sekeluarga. Adik adik, cepat cakap terima kasih dekat MIDF dengan Oxford Fajar.

Al kisahnya, waktu aku belajar dekat terengganu dulu, mak ayah aku sangat sangat laa risaunya sebab takot dekat sana takde panel yang boleh cover if anything happen to aku dekat sana. Which is, memang takde! So, selalunya, sebelum balik sana, mummy akan sediakan segala macam ubat ubatan dan jugak vitamin segala utk kegunaan aku sepanjang pengajian. Terima kasih lagi MIDF kerana memberi peluang itu.

Tetapi, kusangka kan panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengahari. Walaupon segala ubat ubatan yg mummy bekalkan mencukupi, aku tetap dikerjakan ke Hospital Tengku Ampuan Zahirah, KT kerana diserang asthma. MC dari hospital kerajaan je laku u ollss kalau belajar kat local uni. Ada faham? Kau bayar beribu riban pon, MC kau tak laku. HAHA. Padan muka. Tetapi, kisahnya di sini, bertapa berjam jam jam jam jam aku terpaksa tunggu utk dapatkan perkhidmatan bila di hospital kerajaan. Aku tak salahkan mereka kerana memang ramai orang yang tak berkemampuan. Dan dengan adanya hospital kerajaan nie laa dorang boleh dapat kan perubatan.

Lagipon, waktu ada kemalangan bagai ke kan yang korang selalu dengar kat tv tue, ambulance confirm akan hantar dekat General Hospital okay. Lagipon, semua orang tau, the best specialist sebenarnya ada dekat General Hospital. Cumaaaaa, yang letih dengan hospital kerajaan nie is korang kena tunggu berjam jam jam jam je. Kenapa? Kerana, rakyat Malaysia bukan korang je tau. Berjuta lagi. So, standard laa kan kalau kena tunggu berjam jam jam jam kan?

Hospital swasta punya layanan memang laa super awesome. Kiranya, kalau korang masok wad, dah sama macam korang check in hotel 5 bintang. So, apa expectation korang bila dekat hotel 5 bintang? Mesti laa serba serbi kena awesome kan? Tapiiiiiii, disebabkan ke-awesome-an yang korang harapkan tue, berapa banyak yang korang kena bayar? Duduk wad 5 bintang, bayar pon kena laa harga 5 bintang kan?

Pergi General Hospital, pendaftaran bayar RM1 je u olls. Pegi swasta tengokkkkk. Selambe je duit korang seratus dua terbang macam tue je.

So, in a conclusion, walaupun hospital kerajaan nie orang kutuk macam2, tapi, sebenarnya, dah terlalu banyak dah kemudahan yang diberikan utk kegunaan semua. Plus, kalau dorang kata nurse kat hospital kerajaan nie semua garang2, sebabnya mesti laa dorang penat. Bukan korang je rakyat Malaysia yang nak bantuan perubatan tau. Ramai lagi u olls.

Till then. :)

No comments:

Post a Comment