Thursday, June 14, 2012

JANJI JUJUR SEPI

Salam,

Pagi yang awesome! Serius. Cuaca sejuk. Lama tak rasa sejuk macam nie semenjak Klang dilanda summer seperti di Florida. Florida lagi? Kenapa? Tak tau. Okay. Dah habis merepek.

Malam semalam aku berkesempatan tengok drama kat tv9. Lakonan mantap Beto Khusairy. Serius aku suka lakonan dia weh. Aura dia awesome macam Bront Palarae. Drama tue ada Neelofa jugak. **Sorry Lofa, i guess u really need to work on your acting. Ini serius.** And also ada Izreen apa ntah nama pompuan tue. Tapi awesome gak laa dia berlakon. Penah laa tengok few drama dia before this.

Well, aku bukan nak cerita pasal pelakon nie semua. Tapi aku nak cerita pasal drama tue itself. Cerita nie mengisahkan seorang budak yg bernama Danny, ditinggalkan oleh ibu dia dekat chow kit waktu dia kecik lagi. Mak dia janji nak datang balik ambik dia. Tapi, janji tinggal janji. Then, dia jadik budak gelandangan. Satu hari, dia jumpa sorang budak nama Joe. Joe pon anak yatim tapi dibesarkan oleh keluarga kaya. So, dorang pon bela laa Danny nie skali. Dorang kawan baik dari kecik sampai laa besar.

Then, Joe nie ada sorang awek. Nama dia Vee. Joe nie sayang gilaaaaaaa dengan Vee. Tapi, satu hari, dia tinggalkan Vee macam tue je. Danny pon tak tau mana Joe dah pergi. So, si Vee nie kira separuh diriku pergi laa bila Joe tinggalkan dia. Danny sebagai kawan yang sangat baik tolong laa tengokkan keadaan Vee yang berpatah arang berkerat rotan tue haaa. At the same time, Danny nie terjatoh cinta dekat sorang awek yang dia jumpa hari hari kat dalam train, tepat pukul 8:25 pagi. Dua bulan dia usya awek tue without failed. Pastue, satu hari dia berani kan diri tegor awek tue. Nama awek tue Dhia. So, lepas dari tue, dorang pon berkawan. *Awek tue lakonan Lofa which aku rasa dia tak awesome langsung =.='*

In a meantime, si Vee nie tak habis habis menangis menangis menangis. Frust kena tinggal sebab dulu bapak dia pon tinggalkan dia jugak. Sampai laa satu hari, dia ambik keputusan nak bunuh diri. Makan ubat tidor overdose. Nasib selamat, masok laa spital. Patue, si Danny nie rasa sangat bersalah dengan Vee sebab dia mungkir janji nak jaga Vee. So, Danny pon pergi laa carik Joe. Then jumpe laa dorang berdua tue. Dah bertumbuk bagai, baru laa Joe bagitau apa sebab dia tinggalkan Vee macam tue je. Rupa rupanya dia sakit nak mati dah. *Part nie aku sentap sikit* Pastue kan Joe bgtau kat Danny yang si Vee nie sebenarnya sayanggggg gilaaaa dekat Danny. Joe nie macam bertepok sebelah tangan laa jugak dengan Vee. Tapi sebab Joe sayannnnggggg gilaaaa dekat Vee, dia layan je laa.

Part nie aku paling sesentap bila Joe mintak Danny gantikan tempat dia utk sayang dekat Vee sama macam dia sayang dekat Vee. Danny dah ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Dekat hati dia hanya ada Dhia. Gila ke apa nak main passing baton macam tue je kan. Pastue, bila Danny teringat yang Joe yang selamatkan dia sebelum nie, dia pon janji dengan Joe utk ambik tempat Joe disisi Vee. So, Danny terpaksa lupakan Dhia and bagi happiness dekat Vee. Kesian kat Dhia tau. Hari hari tunggu Danny datang tengok Dhia. Hari berganti hari, Joe pon akhirnya pergi yang takkan kembali. Time nie lagi laa Danny rasa dia patot bertanggung jawab dekat Vee. So, dia lupakan teros Dhia.

Cerita belom tamat di sini. Lepas tue, satu hari, Danny realize yang dia tak boleh tipu hati dan perasaan dia. So, dia pergi carik Dhia balik. Bila Danny dengan Dhia, dia jadi lupa dengan semua janji dia towards arwah Joe and also Vee. Nak dijadikan cerita, satu hari dia terkantoi dengan Vee time dia hang out dengan Dhia. Time tue baru dia sedar sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Maka dia pon realise yang dia kena tunaikan janji janji dia. So, sekali lagi dia tinggalkan Dhia. Satu scene paling best bila dorang ada gaduh mulut. Sesentap aku weh dgn ayat dorang guna!

Danny dah janji dengan Vee yang dorang akan pergi Jepun and takkan balik sini lagi. And Dhia dibiarkan terkontang kanting. So, dalam dia tengah dilemma bagai tue, lepas dia solat dekat masjid, dia accident. Dua dua kempunan tak dapat si Danny. Vee pon akhirnya terima hakikat yang Danny sekali lagi mungkir janji, and dia teroskan jugak niat pergi jepun dengan mak dia. Dhia pun terima hakikat yang Danny mmg tinggalkan dia betol2 time nie.

Japppp. Belom habis lagi. Pastue, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, Dhia tetap teroskan hidup dia macam biasa selepas ketiadaan Danny. Then, tepat pukul 8:25 pagi, Danny naik train yang sama dengan Dhia. *Kalau aku gantikan tmpat Lofa, confirm aku blh berlakon lagi bagos dari dia time nie* Lofa actually dah ptong stim aku nak tangkap jiwang part nie. Serius. Carik pelakon lain!

At the end of the story, kite tau yang Danny is really meant for Dhia u olls. Sesentap! Kalau aku jadik Danny, confirm aku dalam dilemma gila bila nak kena buat pilihan bagai nie semua. Kalau Tiz Zaqyah yang jadi Dhia confirm aku tangkap leleh gak laa.

Conclusion, berapa banyak peribahasa ada dalam cerita di atas? Jeng jeng jeng!

Till then :)


2 comments:

  1. betul2 beto beskan dia blakon :)..takat ni ive never read/heard org kutuk lakonan dia..
    tulah agree gak. neelofa tk se'level' ngn beto's acting but actually ada improvement..sebelum ni i penah nmpk dia blakon citer tv3 ngn awal shaari n flat betul acting dia..
    i hv a feeling mcm neelofa learnt a lot from him..
    btul gk kalo ngn tiz zakyah bleh tgkp leleh..haha.

    i think kalo actress yg penah blakon ngn beto yg ade acting baek punya mcm beto: Sharifah Amani, Nora Danish, lisa surihani,....izreen tu terer gak..tp nk tgk dia jd main actress with him..

    love ur post, usually i skim n scan je post org tp i found myself reading from top to bottom..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading my post and for your lovely comments too :)

      Rasa2 mcm kite nie blh jd pengkritik tak berbayar kan? hahaha. I agreed that neelofa tak up to beto's level. but she can learn a lot actually. i found that izara aishah is 10 times better than her. kan?

      thanks again and happy blogging :)

      Delete