Thursday, June 28, 2012

LAMPU ISYARAT KENDERAAN

Dear readers, **acah mcm ramai gila baca blog aku**

Okay, sebenarnya kan, tajuk entry nie dah lama berlegar legar dalam kepala aku. And baru hari nie aku dapat semangat juang yang tinggi untuk merekodkannya. Hambekk. Ayat budget OMT167 time study dulu. Sesentappp!

Di ringkaskan cerita, aku betul2 tak faham apa sebenarnya fungsi lampu isyarat kenderaan yang ada dekat kereta korang korang dan korang tue. Ke, time korang beli kereta dulu, itu semua hanya laa sebahagian dari aksesori kenderaan korang dulu? Kalau korang anggap macam tue, aku rasa, kau patot cakap mcm nie dekat mamat salesman tue dulu:

"bro, sy rasa, signal sy nak beli asing2 laa. Nanti bila perlu baru sy pasang."

Betol tak? Kalau korang anggap fungsi dia mcm tue, then, patotnya korang keluarkan bila tiap kali nak masok simpang, and kuarkan bila dah tak perlu. Simple kan? Seriously aku betul2 tak faham KENAPA PEMANDU2 TAK RETI NAK BAGI SIGNAL? Kan mcm aku kata tadi, kalau tanak guna, ataupun tak reti nak guna, CABUT DAN BUANG je. Macam tak laa semak mata org lain tengok benda tue ada dekat situ, tapi tak reti guna kan?

Lepas tue kan, pengguna pengguna kereta mat salleh Eropah nie semua, budget real2 gak laa kan? Tau laa kete kau besar, tapi signal tak reti nak guna, macam tak perlu ada kan signal tue kat situ? Sekali lagi aku repeat, kalau rasa tanak guna, SILA CABUT DAN BUANG. And, bila korang kena tahan dengan Polis ke, JPJ ke kan, korang cakap macam nie tau:

"jap bang, sy nak pasang signal sy balik."

Kalau korang tak menyusahkan orang lain, aku tak laa bother sgt tau. Tapi aku paling sakit hati, bila aku dekat simpang, kereta lain tengah slow, which aku tak tau either kau nak masok simpang ke tak. Then, dengan selamber je kau boleh belok stereng kau masok simpang. Time tue der, kalau kau depan muka aku, dengan selamber gak laa aku tumbok kau. Pastue bila kau tanye kenapa, meh aku jawab camnie:

"eh bro, signal lu bukan aksesori ke? wa tak nmpak bro lu bagi signal tadi."

So, bila aku jawab macam nie, sila jangan marah laa eh. Seriously, tahap bengang aku dengan pemandu jenis jenis nie dah sampai petala ke 7. Aku cadangkan laa, next time time korang beli kereta, tak payah beli signal sekali eh? Beli bila nak guna je. Kalau tak, tak payah. As simple as ABC. Faham?

And for those pemilik kenderaan mewah segala tue, sikit pon aku tak jealous ke apa. Tapi sayang laa kan, duit mahal2 beli kereta segala, konon kau laa Orang Kaya Baru dalam kampung, tapi, education level kau ZERO. Penat je belajar tinggi2, mampu pakai mewah, tapi, akal takde. Sorry. Maaf. Keterlanjuran bahasa sikit ye. Sebab dah tak tau nak guna kempen apa dah utk jenis orang2 yang macam nie. \

Sekian, segmen bebelan utk hari ini. Terima kasih kerana membaca. Moga anda tidak tergolong dalam kumpulan manusia yang macam nie.



No comments:

Post a Comment