Thursday, August 16, 2012

BEKERJA DI HARI RAYA?

Salam Khamis semuaaaaa! *lap habuk di kekunci pc nie setelah bermnggu mnggu aku meninggalkan blog kesayangan ku ini*

Maaf, bukan tanak update. Tapi bulan2 puasa nie byk sgt aktiviti lain. Tiap tiap malam ada class. Letih sangat2. Plus, smenjak dah hantar resign letter nie, makin kelam kabut plak aku nak settlekan kerja kerja yang makin bertambun tambun. *jom kira berapa banyak kata ganda dalam ayat di atas*

Okay, dah habis sesi pengenalan. So, masok ke isi utama dalam perenggan pertama karangan UPSR dulu dulu. *AKU RASA AYAT AKU DAH BERBELIT MACAM APA NTAH NIE*

So, bekerja di hari raya? Korang sanggup tak? Tak dapat ku bayangkan kalau dapat hubby nnt yang kena bekerja di pagi raya. Tersedu sedan laa aku nampaknya. Haihhh. Tahun nie, raya yang paling awesome utk aku. Kenapa? Kerana aku masih bekerja sehari sebelum raya dan jugak tidak mengambil sebarang cuti raya. Yeayyy! *dalam hati cakap, dah nak berhenti pon nak kena kerja macam org gaji 5K!*

Al-kisahnya, ntah macamana pengiraan cuti alternate aku tahun nie, tiba tiba aku terpaksa bekerja sehari sebelum raya. =.=' Nak tak nak, demi tugas utk masa hadapan, aku gagahkan diri menghadapi dugaan tersebut. *ayat kau! kemainnnnn!* Nasib laa kmpong halaman hnya di Port Dickson. Tak smpai sejam pon kalau aku yang drive. Haha. So, aku tak kisah mana laa pon.

Akhir kata, doakan aku dapat bertahan smpai ke hari Sabtu nnt. Mana laa tau ada anasir anasir negatif yang menghasut aku soh ponteng kerja ke nanti kan. HAHA.

Okay laa, di kesempatan ini, nak minta maaf dari hujung rambut smpai ke hujung kaki buat semua sahabat handai yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Dan jugak buat semua pembaca secara langsung mahupun tak langsung. Mana laa tau ada tersilap kata mengguris perasaan ke kan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Love,
Zarith Fateha Zulkarnain

No comments:

Post a Comment